suria

Pelanggan tunjuk pandai, maki hamun barista dapat Americano panas cawan kecil... Mujur gadis ini ‘cool’ walau kena jerkah!

Video insiden seorang barista ditengking pelanggan menjadi tular di media sosial.

BERDEPAN dengan pelbagai kerenah pelanggan adalah lumrah bagi mereka yang bekerja dalam industri makanan dan minuman (F&B).

Namun satu video yang tular sejak Selasa memaparkan bagaimana seorang barista di sebuah rangkaian kedai kopi terkenal ditengking pelanggan, merupakan sesuatu yang agak keterlaluan dan tidak dapat diterima.

Menerusi video berdurasi 1.04 saat yang tular di media sosial, difahamkan insiden kekecohan tersebut berlaku gara-gara pelanggan berkenaan tidak berpuas hati apabila minuman hot Americano yang dipesannya, diberikan dalam saiz cawan kecil.

Pelanggan berkenaan tidak berpuas hati walaupun diterangkan berkali-kali secara berhemah bahawa jenis minuman yang dipesannya hanya dihidangkan dalam satu cawan standard bersaiz kecil sebagaimana prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan rangkaian jenama kedai kopi itu.

"Apa benda korang buat ni? Panggil bos keluar. Kamu supervisor? Ikut SOP? Bul****t kamu punya SOP," jerkah pelanggan berkenaan.

ZUS 1

Barista tersebut berkongsi kisah sebenar yang berlaku.

Hasil semakan di aplikasi rangkaian kedai kopi itu mendapati harga bagi hot Amerikano adalah RM8.50.

Video yang dirakam oleh barista merangkap penyelia di kedai kopi berkenaan tidak mendedahkan wajah pelanggan tersebut, namun jelas kedengaran suara individu lain yang turut sama memarahinya.

Kekecohan berakhir kira-kira seminit kemudian di mana pelanggan berkenaan berlalu selepas puas menengking barista tersebut.

Dalam video berasingan yang dimuat naik di laman TikTok, barista berkenaan menerangkan kisah sebenar yang berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Barista Starbucks tahu ‘assignment’, minta tulis ‘sorry’ tapi terus karang ayat sweet! Faham sangat pelanggan nak pujuk kekasih

ARTIKEL BERKAITAN: Karya kreatif barista ini bukan calang calang... siap perkenal Terengganu di mata dunia, raih pengiktirafan Apple, National Geographic

"Asalnya dia order hot Americano. Saya buat kerja di belakang, dan barista saya dah siap dan pelanggan ambil order dia.

"Mula-mula dia tanya dengan barista, kenapa cup kecil. Kemudian barista saya jawab, memang cup kecil

"Selepas itu kami ada mesyuarat pagi. Rekod (video) dan cuma beri kepada pihak atasan. Tengah saya rekod, dia datang lagi sekali dan tanya kenapa cup kecil dan saya pula jawab.

"Hot Americano kami memang standard cup kecil. Tak seperti kedai kopi lain yang ada pilihan saiz.

Sebagai bekas pekerja F&B, aku triggered gila bila ada customer biadab pakej bodoh macam ni.

NETIZEN

"Dia mengamuk bila saya jawab cup kecil dan dia kata pernah beli dapat cup besar. Ok saya minta maaf juga dan kata 'sorry kalau barista kami pernah beri anda cup besar'. Seperti video anda lihat, dia marah balik, dia buka pintu keluar macam tu saja," cerita barista tersebut.

Ujarnya lagi, selepas kejadian, dia segera memaklumkan kepada pengurusnya mengenai apa yang berlaku.

Mengakui agak sedih kerana dilayan kasar oleh pelanggan, barista tersebut berkata dia memuat naik video di laman sosial hanya kerana mahu meluahkan perasaan.

"Saya post video bukan untuk korang judge dia, tapi nak kongsi persaan barista yang lain juga.

"Siapa-siapa yang kerja F&B, saya tahu perasaan dimarahi bagaimana," ujarnya lagi.

Sementara itu, menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geram dan mengecam sikap biadab pelanggan tersebut yang mahu 'menang' sedangkan diri sendiri yang tersilap.

ZUS 3

Rata-rata netizen meluahkan rasa marah dengan sikap biadab pelanggan tersebut.

"Sebagai bekas pekerja F&B, aku triggered gila apabila ada customer biadab pakej bodoh macam ni. Dia ingat setiap coffee shop punya product and service sama!

"Bodoh tu dia tak nak simpan. Nak tunjuk dia terpaling bodoh. Time nak order pun ada tulis berapa oz. Hot Americano 12oz. Hot latte 16oz. Geram pula aku.

"Ini jenis orang nak minum kopi mahal kau pun nak minum kopi mahal, lepas itu tak tahu sendiri order apa bila dapat air tak ikut kehendak kau, melalak macam monyet dalam utan," demikian antara komen netizen.

Dalam pada itu, ramai yang turut memuji cara barista berkenaan mengendalikan kerenah pelanggan walaupun teruk ditengking.

"Tengok sis ni punya kesabaran, aku memang tak boleh kerja F&B. Kalau ada customer macam ni, mahu kena buang kerja sebab betah (melawan) balik.

"Power la dia boleh sabar. Orang yang kuat ni bukan orang yang bergaduh, orang yang kuat adalah orang yang boleh tahan sabar," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain