suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Siap angkat tangan nak pukul! Suami terjerit-jerit depan restoran, paksa isteri kerja ‘fast food’ balik jaga anak

Tangkap layar video yang tular di media sosial.

VIDEO memaparkan seorang pekerja restoran makanan segera yang sedang dimarahi suaminya di tempat kerja mengundang simpati mendalam dalam kalangan netizen di media sosial.

Menerusi video yang tersebar di Threads, lelaki berkenaan dipercayai sengaja membawa anak mereka yang masih kecil ke tempat kerja isterinya semata-mata untuk mencetuskan kekecohan.

Dakwa saksi yang merakam kejadian tersebut dari jarak dekat, lelaki itu mendesak dan memaksa isterinya segera pulang ke rumah bagi menjaga anak mereka.

"Tak semua lelaki layak jadi ayah dan suami. Contoh macam jantan ni. Kau bayangkan waktu isteri bekerja, buat perangai jerit-jerit depan kedai.

"Suruh balik jaga anak. Saya menyaksikan segalanya sebab kebetulan kereta parkir betul-betul sebelah dia. Lelaki tu siap angkat tangan nak pukul anak bini lagi," dakwanya.

Menerusi video tular itu, lelaki tersebut dilihat duduk di atas motosikal sambil memarahi isterinya.

Pada penghujung video kedua, wanita itu dilihat menaiki sebuah motosikal bersama suami dan anaknya. -Gambar hiasan AI

Manakala wanita yang masih menyarung seragam kerja itu pula kelihatan serba salah, selain terpaksa mendukung anak kecil mereka dalam suasana tegang tersebut.

Lebih menyayat hati, lelaki itu turut dilihat menjerkah anak kecilnya dengan kasar sehingga menyebabkan kanak-kanak itu menangis ketakutan.

Menerusi video kedua yang dikongsikan, wanita itu akhirnya akur dan dilihat menyarungkan jaket serta topi keledar sebelum menaiki motosikal untuk pulang bersama suaminya dalam keadaan pasrah.

Hingga kini video kejadian di Senai, Johor yang dimuat naik pada Selasa itu menerima hampir 70,000 tanda suka (likes) dan dihujani lebih 21,000 komen.

Rata-rata netizen turut menyelar tindakan lelaki itu dan berharap wanita tersebut mendapat perlindungan sewajarnya.

"Hancurnya hati tengok, kesian isteri dan anak. Allahukahbar.

"Anak tu nampak trauma dengan ayahnya. Ketakutan budak tu," tulis netizen.

Mangsa atau orang awam yang memerlukan bantuan dinasihatkan menghubungi Talian Kasih 15999, atau merujuk kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.

Artikel Lain