suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Solat Dhuha terganggu... Wanita cabut lari, lelaki tanggal seluar buat aksi tak senonoh dalam masjid!

Kelihatan wanita itu melarikan diri selepas seorang lelaki melakukan aksi lucah di dalam masjid.

SEORANG jemaah wanita berdepan detik cemas apabila mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang lelaki ketika berada di dalam sebuah masjid di Bukit Siput di Segamat, Johor pada Khamis.

Berdasarkan perkongsian yang tular di media sosial, kejadian berlaku sekitar pukul 11.30 pagi ketika wanita berkenaan memasuki ruang solat di bahagian tengah masjid untuk menunaikan solat sunat Dhuha.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan lelaki berbaju merah itu menanggalkan seluar, memakai tuala sebelum melakukan aksi tidak senonoh sambil sesekali mengintai wanita terbabit bersolat.

Wanita tersebut yang sedar diperhatikan kemudian panik apabila ternampak lelaki tersebut dan segera melarikan diri keluar dari ruang berkenaan.

Lelaki itu yang cuba bersembunyi kemudian bertindak melarikan diri keluar dari masjid.

Artikel Lain