suria

[V] Nampak sihat sempurna... Peminta sedekah didakwa kencing belakang Myvi kantoi ‘steady’ berjalan pegang tongkat

Gelagat peminta sedekah ini berjaya dirakam seorang individu di kawasan parkir. -Gambar media sosial

SEORANG peminta sedekah didakwa memperdaya orang ramai dengan berpura-pura berjalan menggunakan tongkat dikesan menjalankan aktiviti itu di bazar Ramadan Jalan Baru di Perai, Pulau Pinang.

Gelagatnya yang mampu berjalan sempurna sebelum tiba-tiba bertongkat dirakam [Tonton Video] seorang lelaki yang memerhatikan gerak gerinya dari dalam kereta di kawasan parkir.

"Kurang asam betul pakcik tu, dia bawa tongkat minta sedekah tapi elok je boleh berjalan," katanya.

Lebih mengejutkan, lelaki itu juga didakwa berkelakuan tidak senonoh dengan membuang air kecil di belakang sebuah Perodua Myvi.

"Dia kencing kat belakang kereta orang!" kata lelaki tersebut.

Perkongsian itu menarik perhatian ramai yang rata-ratanya kurang senang dengan segelintir individu yang mengambil kesempatan terhadap sikap pemurah orang ramai sepanjang Ramadan.

"Senangnya cari duit. Tak payah sewa petak, semua percuma... balik siap bawa untung.

"Minta seringgit seorang, kalau ada 100 orang bagi dah RM100. Aku kerja kilang pun berdiri 12 jam baru dapat RM60 sehari," katanya.

Artikel Lain