suria

Nama ‘dipetik’ jadi isteri keempat VVIP, Daiyan Trisha hanya mampu ketawa

Daiyan menafikan dakwaan bergelar isteri keempat.

PELAKON Daiyan Trisha hanya mampu ketawa apabila mendapat tahu namanya ‘dipetik’ netizenmenjadi isteri keempat kepada seorang lelaki bangsawan berstatus suami orang. 

Menafikan dakwaan itu, Daiyan atau Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 32, berkata dia enggan memberi sebarang komen lanjut berhubung gosip tersebut kerana menganggap ia merupakan satu bahan jenaka. 

"Ya Allah saya isteri keempat? Astagfirullahalazim. Saya tak tahu nak cakap apa, saya tak ada baca pun fasal gosip ini.

Daiyan hanya mampu ketawa sewaktu ditanya tentang gosip berkahwin suami orang.

"Saya pun tak tahu apa yang saya buat sampai setiap kali isu seperti ini (gosip) keluar nama saya pula kena petik. 

"Saya boleh gelak saja kot, sebab kelakar pun ada ya," katanya ketika dihubungi mStar. 

Dalam masa sama,  Daiyan tidak mahu mengambil pusing dengan kata-kata netizen kerana sudah terbiasa menjadi bahan bualan ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Daiyan Trisha tiada ‘luck’ dalam percintaan, lebih rela sendiri daripada dapat pasangan salah 

ARTIKEL BERKAITAN: Pergi umrah tapi masih seksi, Daiyan Trisha hanya jadi diri sendiri

"Netizen boleh cakap apa saja yang mereka mahu, saya tidak buat apa-apa pun orang boleh petik nama saya. 

“Dulu orang kata saya ada sugar daddy, sekarang orang cakap saya isteri keempat pula. 

"Saya dah tak rasa apa-apa dah sebab macam kelakar. Emosi pertama yang saya rasa bila dengar nama saya dikaitkan dengan gosip ini adalah kelakar. 

"Kalau dulu saya tepis semua gosip-gosip ini, penat-penat saya bekerja. Sekarang ini saya dah malas nak layan apa kata netizen," ujarnya. 

Daiyan enggan mengambil pusing kata-kata netizen di media sosial.

Sebelum ini, sebuah portal berita mendakwa seorang pelakon wanita popular berusia 31 tahun sudah bergelar isteri keempat kepada lelaki bangsawan berstatus suami orang. 

Dakwa portal tersebut, tarikh pernikahan aktres berkenaan tidak dimaklumkan namun dilaporkan pasangan itu sudah lama menjalin hubungan cinta sebelum berhasrat untuk mendirikan rumah tangga. 

Kenyataan itu sekali gus menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen dan ada yang memetik nama Daiyan kerana melihat kemewahan dimiliki pelakon drama W: Two Worlds itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain