TINDAKAN penyanyi Ina Naim menjadi bualan hangat netizen apabila didakwa terlalu berlebihan dalam program realiti, Talk To My Manager (TTMM) yang berlangsung pada malam Ahad.
Tampil menjawab mengenai perkara itu, Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd Naim, 41, berkata dia berlapang dada menerima teguran tersebut sekali gus memohon maaf dengan keterlanjurannya itu.
Katanya, dia percaya tindakan yang tidak disengajakan itu berlaku supaya dia dapat memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik.

Ina dan Hadie terima segala komen dengan hati terbuka.
"Saya berterima kasih kepada semua netizen yang ambil berat dan mereka tidak salah. Individu yang bersalah itu saya dan dengan rendah diri saya minta maaf kepada semua sekiranya saya berlebih-lebih.
"Saya ini manusia biasa kadang-kadang tak perasan dan tak sengaja nak buat tapi Allah izinkan perkara itu sebab nak tegur saya.
"Alhamulillah Allah masih ingat pada saya dan beri peluang untuk perbaiki diri. Kalau selalu disanjung mungkin akan lalai Allah tidak suka," katanya ketika dihubungi mStar.
ARTIKEL BERKAITAN: Tak malu mulut senget, Ina Naim anggap anugerah Allah
ARTIKEL BERKAITAN: Tekad tunaikan impian bapa, anak Allahyarham Suhaimi Saad mahu jadi penyanyi
Menurut Ina, dia tidak mengambil hati dengan setiap komen daripada netizen memandangkan perkara itu berlaku kerana kekhilafan dirinya.
Pun begitu, dia berharap orang ramai tidak mengaitkan kejadian yang berlaku dengan kisah hidupnya sebelum ini.
"Saya anggap komen-komen itu sebagai teguran positif dan tidak mengambil hati dengan kata-kata mereka. Apa yang mereka kata itu benar dan betul.
Saya ambil semua komen yang positif.
INA NAIM
PENYANYI
"Tapi saya minta jangan kaitkan dengan pihak yang tidak sepatutnya seperti Mawi dan Ekin. Saya ambil semua komen yang positif," ujarnya.
Mengulas lebih lanjut, Ina memberitahu dia bukan bersikap defensif demi menjaga perasaan anaknya kerana bimbang dengan komen pedas juri jemputan Datuk Ramli MS.
Katanya, anaknya iaitu Hadie lebih terbuka menerima sebarang komen malah sentiasa menenangkan dirinya.

Ina dan Hadie saling menyokong.
"Saya bukan gemuruh dan bukan defensif terhadap Hadie daripada komen pedas tapi mengenali Tok Ram (panggilan mesra Ramli MS) komen dia memang pedas itu yang saya bersedia untuk membidas.
"Apa yang dia cakap itu sangat betul. Saya pun sebenarnya sengaja buat perkara itu untuk dijadikan hiburan tapi tidak sangka pula terkesan kepada saya dan sepatutnya lebih hormat dengan Tok Ram," luahnya.
Sebelum ini, Ina dikatakan bersikap defensif apabila kerap membidas dan seolah-olah tidak mahu menerima komen sehingga dilihat tidak menghormati juri jemputan itu semasa siaran langsung TTMM.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


