suria

Belajar puasa sejak umur 12 tahun, Adam Corrie syukur temui hidayah

Adam sudah membiasakan diri berpuasa sejak bangku sekolah.

BERKONGSI pengalaman Ramadan, pelakon Adam Corrie mendedahkan dia sudah mula berpuasa sejak usia 12 tahun.

Meskipun ketika itu belum memeluk agama Islam, Adam atau Adam Corrie Lee, 58, berkata amalan tersebut dilakukan sebagai tanda menghormati rakan-rakan yang berlainan agama. 

"Saya mula balajar puasa pada usia 12 tahun. Boleh dikatakan setiap tahun puasa sebab lebih kepada nak hormati rakan Islam. 

Perkongsian Adam di Instagram. 

"Namun sedikit demi sedikit, puasa itu menjadi kebiasaan," katanya.

Adam menulis perkara tersebut dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada Selasa. 

Baginya hikmah berpuasa juga telah memberi hidayah untuk dia memeluk Islam. 

ARTIKEL BERKAITAN: Adam Corrie imbas pengalaman ketika awal peluk Islam, tak lari berdepan kritikan... Ramai persoal gelaran mualaf 

ARTIKEL BERKAITAN: Adam Corrie bantu urus mendiang ibu, pilih keranda… “Walaupun berlainan agama, saya tetap berada di sisi hingga ke akhirnya”

"Hidayah itu milik Allah. Cepat atau lambat sahaja. 

"Pada usia 39 tahun saya kembali kepada fitrah," luahnya. 

Untuk rekod Adam melafazkan dua kalimah syahadah pada 13 Julai 2007. 

Adam bersyukur diberi hidayah memeluk Islam. 

Adam dalam masa sama turut menitip doa buat orang ramai yang masih mencari jalan kebaikan dalam agama.

"Semoga sesiapa yang benar-benar mencari rahmat Allah akan diberikan hidayah dalam hati," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain