PENYANYI Zizi Kirana sempat memuat naik kata romantis kepada suaminya iaitu Yusuf Bahrin selepas berangkat mengikuti misi bantuan kemanusiaan ke Gaza pada Khamis.
Menerusi satu hantaran Instagram itu memaparkan Zizi atau Nur Fazelah Mad Tahil, 40, mengenggam erat tangan Yusuf di dalam kereta sekali gus menepis andaian netizen yang mendakwa rumahtangga pasangan itu bergolak sebelum ini.
"Semoga genggaman ini sampai ke syurga Allah," katanya.

Hantaran yang dibuat Zizi raih perhatian ramai.
Dalam hantaran yang sama, Zizi juga menyelitkan doa pelindungan agar insan yang disayangi sentiasa di bawah jagaan Allah SWT.
Perkongsian tersebut meriah perhatian rakan artis dan netizen yang rata-rata mendoakan agar urusan pasangan berkenaan dipermudahkan.
Malah rata-rata mereka juga berpendapat hantaran tersebut menjernihkan segala andaian yang dibuat sebelum ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Perkongsian lama di media sosial bukan kisah hidup hari ini , Zizi Kirana tak mahu ulas hal peribadi
ARTIKEL BERKIATAN: Zizi Kirana sertai misi ke Gaza, reda jika ‘tidak pulang’... “Kalau Allah izinkan syahid, itu anugerah”
"Masya-Allah, kekal bahagia kalian berdua. Tak mahu gaduh-gaduh manja lagi.
"Banyak sangat yang mengata macam-macam, bagus penjelasan macam ini," antara komen netizen.
Sementara itu menerusi satu perkongsian semula dibuat oleh Zizi, kelihatan Yusuf turut hadir sama menghantarnya di lapangan terbang.

Netizen lega hubungan Zizi dan Yusuf masih baik.
Mereka bersalaman dan berpelukan sebelum Zizi berlepas meneruskan misi ke Gaza.
Sebelum ini isu mula timbul apabila Zizi dan Yusuf dilihat tidak lagi saling menjadi pengikut di media sosial.
Zizi dan Yusuf mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 selepas berkenalan ketika rakaman program hiburan, All Together Now Malaysia.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


