suria

Jihan Muse selamat melahirkan anak kedua, Elly Mazlein ganti tugas sebagai hos Gegar Vaganza musim ke-9

Jihan dan suami timang anak kedua pada Selasa.

PELAKON dan pengacara Jihan Muse dan suami, Ungku Hariz selamat menimang cahaya mata kedua pada Selasa.

Meskipun belum mengumumkan berita gembira itu secara rasmi namun isteri kepada pelawak terkenal Fab Bocey iaitu Nur Syahirah A Rahman sempat mengucapkan tahniah buat Jihan menerusi Ig Story miliknya.

"Tahniah Kak Jihan Muse, akhirnya Arsalan dah ada adik. Semoga semua dalam keadaan baik. Selamat berpantang," tulisnya.

Capture

Jihan terima ucapan tahniah.

Tidak hanya itu, pihak hospital tempat Jihan bersalin anak keduanya turut mengucapkan tahniah kepadanya di akaun rasmi Instagram mereka.

Dalam pada itu, Jihan turut dilihat mengulang siar semua ucapan tahniah diberikan kepadanya di Instagram Story miliknya.

ARTIKEL KEDUA: Jihan Muse hamil enam bulan, dapat tahu mengandung anak kedua ketika dijangkiti Covid-19

ARTIKEL KEDUA: Jihan Muse disangka mengandung gara-gara badan nampak berisi, tak berani salahkan baju sponsor Gegar Vaganza 8

Sementara itu, Jihan dikatakan tidak akan bergandingan bersama Nabil Ahmad untuk menjadi pengacara Gegar Vagaza musim kesembilan. Pengacara yang bakal digandingan bersama Nabil adalah Elly Mazlein bagi menghangatkan GV9 kali ini.

Untuk rekod, Jihan telah berkahwin dengan pelakon Ungku Hariz pada 20 Mac 2016 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Ungki Arsalan Haq yang kini berusia empat tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain