suria

Diddy Hirdy sebak genggam PhD, terkenang isteri masuk hospital akibat Covid-19 sebelum bentang tesis akhir 

Diddy akan kenang setiap dugaan sepanjang pengajian PhD.

SETELAH melalui pelbagai dugaan sepanjang melanjutkan pelajaran di luar negara, penyanyi Diddy Hirdy sebak dapat menggenggam Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang muzik pada Majlis Konvokesyen Universiti Liverpool pada Rabu.

Diddy atau Syamsul Hirdi Muhid, 37, berkata, meskipun gembira namun dia tidak dapat menahan air mata apabila namanya dipanggil naik ke pentas bagi menerima skrol PhD miliknya.

"Semua orang gembira dan senyum apabila naik ke atas pentas, saya pun buat benda sama. Cumanya jauh di sudut hati menahan sebak dan air mata.

"Bunyinya macam dramatik tetapi itulah realitinya," katanya.

Diddy sebak ingat kenangan harungi Phd.

Perkara itu dikongsi Diddy menerusi hantaran di Instagram sambil memuat naik foto dia mengenakan jubah konvokesyen.

Kata bekas peserta program Akademi Fantasia 4 (AF4) ini, perasaan itu timbul kerana mengimbau cabaran terpaksa dilalui sepanjang melanjutkan pelajaran di bumi asing.

ARTIKEL BERKAITAN: “Setiap tahun kami raya sederhana macam rakyat Malaysia lalui sekarang” - Tahun kelima Diddy Hirdy sambut raya di UK

ARTIKEL BERKAITAN: Diddy Hirdy (AF4) kongsi situasi Covid-19 di UK - “Kami kumur air garam, minum rebusan serai dan halia untuk tak nak sakit”

Tidak cukup dengan itu, sewaktu dia perlu membuat pembentangan tesis (Viva), dia sekeluarga diuji pula dengan jangkitan Covid-19.

"Terkenang perjalanan PhD yang penuh berliku dan yang tak pernah surut dengan dugaan. The ultimate dugaan apabila kami sekeluarga kena Covid-19 tahun lepas masa bulan puasa bila mana dah nak tunggu PhD viva sahaja.

Semua orang gembira dan senyum apabila naik ke atas pentas, saya pun buat benda sama... cumanya jauh di sudut hati menahan sebak dan air mata.

DIDDY HIRDY

PENYANYI

"Paling berat apabila isteri saya sampai masuk ke hospital sebab Covid-19 disebabkan paras oksigennya menurun tapi Alhamdulillah Allah itu maha penyayang.

"Kami semua diberikan semula kesihatan yang baik dan paling penting, saya lulus Viva saya dengan mudah," kongsinya.

Isteri pendorong terbesar Diddy dalam menggapai cita-cita.

Sementara itu, Diddy berkata, semua dugaan dan pengalaman itu akan dijadikan kenangan yang tidak akan dilupakan sepanjang hidupnya.

"Momen ini sangat bersejarah yang bukan sahaja meraikan kejayaan tapi mengenang perjalanan yang diibaratkan tak pernah sudah ujiannya.

"Sebab itu saya menangis apabila lulus Viva PhD dan sampai sekarang masih membuatkan saya sebak apabila kenang kembali semua perkara ini. Terima kasih Allah," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain