suria

Proses IVF isteri masuk peringkat seterusnya, Achey serah ketentuan Allah beri rezeki anak 

Achey berkongsi perkembangan rawatan IVF isteri.

SEJAK memulakan rawatan persenyawaan in vitro (IVF) pada Ogos lalu, isteri kepada pelawak Achey iaitu Nor Hasanah Yahaya memulakan proses seterusnya dalam usaha mendapatkan cahaya mata.

Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 36, berkata, isterinya yang lebih mesra dengan sapaan Anne akan menjalani proses penting iaitu memasukkan embrio matang ke dalam sistem peranakannya.

"Bismillah, bermula Ogos dan kini proses penting telah pun tiba... memasukkan embrio matang ke dalam tubuh ibunya. Fasa yang sangat penting, mudah-mudahan berjaya," katanya.

Perkara itu dikongsi Achey menerusi Instagram miliknya.

Achey maklumkan embrio matang akan dimasuukan ke tubuh isterinya.

Menerusi video yang dimuat naik, Anne turut dilihat berpelukan dengan anak perempuan mereka sebelum memasuki sebuah bilik dipercayai bagi menjalani proses berkenaan.

Dalam pada itu, Achey turut meminta doa daripada peminat agar urusan IVF Anne dipermudahkan sekali gus memperoleh hasil yang diharapkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri kongsi perjalanan rawatan IVF, hadiah terindah hari jadi Achey

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia nasihat jangan susahkan kawan-kawan” - Achey kongsi perkembangan isteri selesai jalani pembedahan, mohon doa orang ramai

"Doakan proses ini berjalan dengan baik. Tak mudah proses ini, positif kita, positiflah kita dapat.

"Usaha sebaik yang boleh, Allah juga yang menentukan berjaya atau tidak... doakan kami terus kuat," katanya.

Menjengah ke ruang komen, ramai rakan artis dan peminat turut mendoakan agar urusan pasangan berkenaan dipermudahkan.

Achey dan Anne mohon doa peminat.

Malah mereka juga berharap agar Achey dan isteri tidak berputus asa dalam usaha mendapatkan zuriat.

"Insya Allah ada rezekinya. Tak lambat tak cepat. Pasti tepat pada masanya. Semoga dipermudahakan segala urusan.

"Kun fa ya kun, terus usaha Achey dan Anne. Jangan putus asa. Semoga terus kuat kedua-duanya," antara komen netizen.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga sejak 11 tahun lalu dan mempunyai seorang anak angkat, Nur Tiara Zinnirah Nasir yang diambil pada tahun 2018.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain