suria

Isteri kongsi perjalanan rawatan IVF, hadiah terindah hari jadi Achey

Pasangan ini menjalani rawatan IVF pada 6 Ogos lalu.

ISTERI kepada pelawak Achey iaitu Nor Hasanah Yahaya berkongsi perjalanan menjalani rawatan kaedah persenyawaan invitro (IVF) bersempena dengan ulang tahun kelahiran ke-36 suaminya.

Nor Hasanah dalam satu hantaran di Instagram memberitahu rawatan itu dilakukan pada 6 Ogos lalu dengan merujuk kepada pakar IVF iaitu Dr Thokha Muhammad di sebuah hospital di Johor.

Rawatan itu juga katanya adalah sebagai hadiah terindah daripadanya buat Achey atau Mohd Nasir Hamzah.

"Happy birthday sayang... Tahun ini hadiah terindah saya bagi dekat awak.

Anne IG

Nor Hasanah berkongsi berita mengenai rawatan IVF di Instagram.

"Semoga Allah permudahkan urusan kita dunia dan akhirat.

"Semoga awak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dilindungi Allah serta sihat tubuh badan, amin.

ARTIKEL BERKAITAN : Masih dalam fasa berjaga-jaga, Jasmin Hamid jalani rawatan jantung Februari tahun depan

ARTIKEL BERKAITAN : Ibu sumpah seranah nampak Aliff Syukri muncul di IG, hidup jadi tak aman... “Kau nak mak mati sebab tidak tahan fitnah”

Dalam hantaran sama, Nor Hasanah turut melahirkan rasa syukur kerana sepanjang perkahwinan mereka Achey telah menjaganya dengan baik.

Nor Hasanah juga berharap penantian 11 tahun mereka untuk menimang cahaya mata akan membuahkan hasil.

"11 tahun penantian kita, Insya Allah kita usaha, Allah yang tentukan," katanya.

Happy birthday sayang... Tahun ini hadiah terindah saya bagi dekat awak.

NOR HASANAH YAHAYA

ISTERI ACHEY

Menerusi hantaran itu juga, Nor Hasanah turut berkongsi video perjalanan mereka dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru untuk bertemu dengan Dr Thokha.

Sementara itu, menerusi ruangan komen, pengikut media sosialnya turut mendoakan agar semua urusan dan usaha untuk mendapatkan cahaya mata pasangan itu dipermudahkan.

"Doktor ini sangat terkenal untuk IVF dan semoga berjaya. Semoga Allah mempermudahkan buat Achey dan Anne... Selamat hari jadi Achey!

"Happy birthday Achey, semoga dipermudahkan, Allah akan bantu hambaNya yang berusaha. Insya Allah berita gembira akan menyusul," tulis pengikutnya.

Untuk rekod, pasangan itu mengambil seorang anak angkat pada 2018 yang beri nama Nur Tiara Zinnirah Nasir, 4 tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain