suria

Dijangkiti virus Influenza A, Riena Diana beritahu ia lebih menyakitkan berbanding Covid-19

Riena Diana berkongsi pengalaman dijangkiti Influenza A.

SELEPAS dijangkiti virus Influenza A dua minggu lalu, pelakon Riena Diana memberitahu keadaan kesihatannya semakin pulih.

Riena atau Nur Qamarina Diana Zulreal, 25, bagaimanapun memberitahu pengalaman dijangkiti virus itu sesuatu yang ngeri buat dirinya dan lebih parah berbanding ketika positif Covid-19.

"Sebelum ini saya pernah terkena Covid-19 sebanyak tiga kali tetapi ia tidak sama ketika dijangkiti Influenza A.

"Ia lebih memeritkan dan menyakitkan... Jika sebelum ini saya mampu bertahan tetapi kali ini tidak," katanya kepada mStar.

Untitled design (14)

Riena mengharapkan agar dapat diberi peluang untuk mengendalikan rancangan berbentuk kembara.

Riena berkongsi perkembangan terbaharunya ketika sidang media secara dalam talian drama Cinta Buat Dara pada Selasa.

Sementara itu, berkongsi lanjut mengenai kariernya, Riena berkata, selepas meninggalkan karier sebagai penyampai radio, dia kini lebih fokus kepada lakonan.

ARTIKEL BERKAITAN: Riena Diana tak sangka dapat adik pada usia 25 tahun, tak boleh tidur sibuk ‘shopping’ barang bayi

ARTIKEL BERKAITAN: Riena Diana lega! Rezeki masih panjang di Hot FM - “Terfikir juga kenapa mereka perlu kekalkan saya?”

Pada tahap ini juga kata Riena, dia berharap mendapat lebih banyak peluang untuk bergelar pengacara televisyen selain meminati program berbentuk kembara.

"Sebelum ini saya pernah menjadi pengacara program travelog By The Sea tetapi sejak menjadi penyampai radio saya tidak dapat teruskan kerana terikat dengan jadual di konti.

"Jadi sekarang masa lebih fleksibel dan saya boleh menerima tawaran pengacaraan dan harap dapat peluang mengendalikan program seperti itu lagi," katanya.

Untitled design (13)

Meskipun tidak lagi bergelar penyampai radio, Riena melihat perkara itu dari sudut positif kerana dapat memberi lebih banyak peluang kepada lakonan dan pengacaraan.

Bercerita lanjut, Riena yang sebelum ini bertugas di stesen radio Hot FM juga berharap dapat mencuba pelbagai watak selain karakter komedi.

Katanya, sebagai pelakon dia ingin tampil versatil dan tidak mahu selesa dengan apa dimiliki ketika ini.

"Saya sebenarnya bukan seorang yang kelakar tetapi selepas berlakon dalam drama Kampung People, watak Lailer itu seakan-akan sinonim dengan saya.

"Tetapi kerana karakter itu juga ia telah mengubah diri saya kepada seorang yang lebih ceria dan kelakar," ujarnya.

Dalam pada itu, drama Cinta Buat Dara lakonannya bakal menemui penonton bermula 24 Ogos 2022 di TV3.

Drama romantik komedi itu turut dibintangi Syafiq Kyle, Sean Lee, Shah Rezza, Rozita Che Wan dan Afifah Nasir.

Bersiaran setiap Rabu hingga Sabtu pukul 9 malam, naskhah terbitan Orange Tree Production Sdn Bhd itu diarahkan oleh Ng Ken Kin.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain