suria

Impian Maya Karin bawa watak Mahsuri mungkin jadi kenyataan, Syamsul Yusof anggap idea yang baik

Maya Karin meluahkan hasrat untuk bekerja dibawah arahan Syamsul Yusof.

KENYATAAN aktres Maya Karin yang berhajat untuk membawa watak legenda Mahsuri selain membayangkan filem itu diarahkan oleh Syamsul Yusof mendapat perhatian pengarah berkenaan.

Syamsul, 38, menyambut baik hasrat pelakon itu selain menyifatkan idea membawa kisah Mahsuri ke layar perak sebagai sangat baik.

"Idea yang baik, ayuh kita lakukan Maya Karin," tulis Syamsul di Instagram.

Namun Syamsul tidak berkongsi butiran lanjut mengenai idea berkenaan dan setakat ini ia hanya cadangan daripada Maya dan dipersetujui oleh pengarah tersebut.

Maya Karin

Maya idam pegang watak sebagai Mahsuri.

Malah kredibiliti Syamsul tidak dipertikaikan dalam mengarahkan filem epik dan sejarah memandangkan dia telah membuktikan dalam Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang mencipta sejarah tersendiri apabila mengaut kutipan hampir RM100 juta di pawagam.

Sementara itu, ramai teruja dengan perkembangan terbaharu itu dan berharap Syamsul dapat merialisasikan projek berkenaan memandangkan kisah legenda Mahsuri cukup terkenal dalam masyarakat.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan taktik murahan... Dituduh hancurkan industri muzik, Aliff Syukri yakin ‘Baby Sayang’ mampu beri saingan kepada karya lain

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri kongsi perjalanan rawatan IVF, hadiah terindah hari jadi Achey

Apatah lagi, menerusi filem tersebut, ia dapat mengetengahkan elemen sejarah selain kisah sebenar di sebalik pengorbanan Mahsuri.

"Mesti best ni, memang sudah lama teringin nak tengok kisah Mahsuri difilemkan.

"Tiada orang lain yang mampu menzahirkan naskhah itu melainkan Syamsul Yusof, harap idea Maya dapat direalisasikan," komen netizen.

Tidak hanya itu, rata-rata menyifatkan pemilihan Maya adalah sangat tepat memandangkan wajah dan pengalamannya sebagai pelakon filem cukup luas.

"Maya cukup sesuai dengan projek ini, harap-harap ia menjadi kenyataan," tulis netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain