suria

Bukan taktik murahan... Dituduh hancurkan industri muzik, Aliff Syukri yakin ‘Baby Sayang’ mampu beri saingan kepada karya lain

Aliff kembali aktif di media sosial kerana peminat.

KEMUNCULAN semula usahawan Datuk Seri Aliff Syukri di laman Instagram miliknya pada Selasa bagai sudah dijangka apabila dia mahu mempromosikan lagu baharu berjudul Baby Sayang.

Mengakui betul-betul melalui fasa tekanan dalam hidup, Aliff, 35, kini mahu kembali bangkit kerana percaya masih ada peminat dan pengikut di media sosial yang terus memberi sokongan kepadanya.

“Saya cakap sebelum ini untuk undur diri empat hari sahaja.

“Ketika buat video menangis itu saya memang betul-betul tertekan. Sekarang saya sudah muhasabah diri dan perlu kuat untuk peminat.

aliff 89

Aliff akui benar-benar tertekan kerana kecaman netizen.

“Bukan sahaja senyap daripada media sosial, saya juga mengambil langkah untuk tidak berjumpa sesiapa sejak seminggu lalu,” katanya ketika dihubungi mStar.

Jumaat lalu, Aliff memuat naik satu video memperlihatkan dirinya menangis teresak-esak selepas menerima kecaman teruk netizen gara-gara tular aksi kurang sopan dirinya bersama penyanyi Baby Shima dalam teaser lagu baharunya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sekejap sangat undur diri! Aliff Syukri kembali di IG, muat naik video menari dengan batang mop

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu sumpah seranah nampak Aliff Syukri muncul di IG, hidup jadi tak aman... “Kau nak mak mati sebab tidak tahan fitnah”

Selepas empat hari ‘sepi’ dan bertindak memadam semua hantaran di media sosial, Aliff kembali memuat naik dia menari di sisi sebatang mop sebagai tanda pelancaran lagunya.

Bukan sahaja dikecam dek kerana perbuatan tersebut, ada juga yang beranggapan kemunculan Aliff dengan lagu baharu boleh menjadi perosak dalam industri seni tempatan.

Saya buat lagu itu sebagai hobi sahaja untuk pengikut dan peminat. Tetapi ada pula yang anggap seolah-olah saya mahu hancurkan industri muzik negara

DATUK SERI ALIFF SYUKRI

Menjawab segala apa yang diperkatakan, menurut Aliff, tujuan dia melancarkan lagu tersebut hanyalah untuk kepuasan diri sendiri dan sebagai hiburan.

“Saya buat lagu itu sebagai hobi sahaja untuk pengikut dan peminat. Tetapi ada pula yang anggap seolah-olah saya mahu hancurkan industri muzik negara.

aliff 88

Video teaser Aliff dan Shima sebelum ini dikecam teruk.

“Saya upload lagu dan video tersebut di laman sosial sendiri sahaja,” ujarnya.

Bagaimanapun Aliff tidak menolak jika apa yang dihasilkan itu boleh memberi saingan kepada lagu-lagu baharu masa kini.

“Walaupun sekadar suka-suka, saya yakin ia boleh beri saingan dalam industri muzik,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain