suria

Video dipeluk wanita tular, peminat Indonesia beri penjelasan sudah minta izin... Meerqeen dinasihatkan jaga batasan

Meerqeen dipeluk salah seorang peminat ketika berada di Jakarta, Indonesia.

KUNJUNGAN hero dan heroin drama Melur Untuk Firdaus iaitu Meerqeen dan Anna Jobling ke Jakarta, Indonesia sejak Ahad lalu mencetuskan fenomena apabila mereka diserbu peminat ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta.

Tidak menyangka sambutan luar biasa penyokong mereka di negara itu, kedua-dua pelakon itu dilihat tak menang tangan melayan peminat yang ingin bergambar dengan mereka.

Malah ke mana sahaja Meerqeen dan Anna pergi pasti ada peminat yang menyerbu mereka dan teruja dapat bertemu dengan pelakon berkenaan.

Bagaimanapun sebuah video yang dimuat naik oleh peminat wanita di negara itu ketika bertemu Meerqeen dan Anna mencetuskan perbalahan dalam kalangan peminat.

Menerusi video berkenaan, wanita itu yang pada awalnya menyapa kedua-dua pelakon itu dilihat tiba-tiba memeluk Meerqeen.

Diserbu Peminat

Kemunculan dua bintang Melur Untuk Firdaus ini di Jakarta mencetuskan fenomena,

Meskipun aktor itu kelihatan ragu-ragu dengan tindakan peminatnya itu namun Meerqeen tetap membalas pelukan diberikan.

Sementara itu, peminat Meerqeen yang ada di antaranya dari Malaysia menyerbu ruangan komen wanita berkenaan dan menyifatkan tindakannya itu sebagai tidak sopan.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Mesra macam pasangan bercinta! Meerqeen tahu batas hubungan dengan Anna Jobling... Teruja bakal terbang ke Indonesia

ARTIKEL BERKAITAN: Tersenarai antara 100 lelaki kacak dunia... Meerqeen gembira kehadirannya dalam industri seni mula disedari

Malah ada menuduhnya sebagai tidak tahu menjaga sikap dan adab di antara lelaki dan perempuan.

Tidak berdiam diri dengan kecaman diterima, pemilik akaun TikTok dikenali sebagai Syilalaaaaa itu menjelaskan sudah meminta kebenaran Meerqeen sebelum memeluknya.

Malah wanita itu turut meminta maaf kerana tidak tahu tentang batasan.

"Maaf jika saya tidak tahu cara bersikap tetapi sebelum itu saya dah minta izin dengan mereka dan mereka kata boleh," jelasnya menerusi video yang mendapat tontontan lebih 800,000.

Merqeen Peminat

Video yang dirakam peminat itu mendapat tontonan lebih 800,000 di TikTok.

Sementara itu, selain meminta Meerqeen menjaga batasan ada dalam kalangan peminat merasakan tindakan Meerqeen itu demi menjaga hati peminat.

"Nasib baik peminat di Malaysia belum sampai tahap begini. Harap Meerqeen jaga batasan ya," tulis peminat.

Kunjungan Meerqeen dan Anna ke Jakarta bagi memenuhi undangan temu bual bersama media selain membuat kemunculan dalam program televisyen di Trans TV dan Trans 7.

Kedua-dua pelakon itu menjadi perhatian di negara itu selepas drama Melur Untuk Firdaus menjadi fenomena selain di Singapura dan Filipina.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain