suria

Lesen perniagaan Crackhouse Comedy Club dibatalkan, pemilik disenarai hitam seumur hidup

pengasas dan pemilik bersama Crackhouse Comedy Club yang juga seorang pelawak berdiri, Rizal Van Gayzel.

PEMILIK Crackhouse Comedy Club disenarai hitam seumur hidup daripada mendaftarkan lesen perniagaan di mana-mana premis di Kuala Lumpur.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, Jawatankuasa Pelesenan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah bersetuju membatalkan lesen perniagaan kelab itu berkuat kuasa 30 Julai lalu.

"Kita juga telah membuat keputusan untuk menyenarai hitamkan pemilik kelab ini daripada mendaftarkan lesen perniagaan di Kuala Lumpur seumur hidup.

"Ini bermaksud individu itu tidak boleh mendaftarkan perniagaan di Kuala Lumpur meskipun menggunakan nama lain atau syarikat berbeza," katanya.

1700626

Crackhouse Comedy Club beroperasi tanpa lesen hiburan sejak 2014 hingga 2017.

Pada 13 Julai lalu, Crackhouse Comedy Club yang terletak di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Kuala Lumpur digantung sementara operasinya oleh DBKL selepas didapati tidak mempunyai lesen hiburan sejak 2014 sehingga 2017.

Sementara itu, Jalaluddin berkata, beberapa kelab yang berselindung dengan aktiviti serupa di ibu negara sedang dipantau pihak berkuasa.

ARTIKEL BERKAITAN : Pengasas ‘Crackhouse Comedy Club’ hadapi 3 pertuduhan, mengaku tak bersalah

ARTIKEL BERKAITAN : Wanita buka baju hina Islam mengaku tidak bersalah, mahkamah larang muat naik sebarang kenyataan di media sosial

Terdahulu pengasas dan pemilik bersama Crackhouse Comedy Club yang juga seorang pelawak berdiri, Rizal Van Gayzel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan memuat naik video di tiga platform media sosialnya pada 4, 5 dan 6 Julai yang menyentuh isu sensitiviti perkauman pada 22 Julai lalu.

maxresdefault

Siti Nuramira dan teman lelakinya V. Alexander Navin dihadapkan ke mahkamah.

Kelab itu menjadi tumpuan selepas seorang wanita Siti Nuramira Abdullah bertindak menanggalkan tudung dan baju kurung dipakainya ketika membuat persembahan komedi berdiri di kelab berkenaan.

Akibat tindakannya itu, Siti Nuramira dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan menyebabkan suasana tidak harmoni dengan mempersendakan agama Islam.

Wanita itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Teman lelaki Siti Nuramira, V. Alexander Navin, 38, turut dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya dan mengaku tidak bersalah atas tuduhan memuat naik hantaran jelik dengan niat menyakitkan hati di media sosial. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain