suria

Black Hanifah mahu Dayyan ikut jejak langkah sebagai penyanyi tapi pendidikan nombor satu!

PENYANYI Black Hanifah tidak menyangka perkongsian mengenai anak sulungnya iaitu Dayyan di Instagram miliknya mendapat sambutan baik pengikutnya.

Black atau Hanifah Muhammad Hanafiah, 34, berkata, video mengenai kanak-kanak berusia tujuh tahun itu bagi membina keyakinan diri serta mahu Dayyan mengikut jejak langkahnya dalam bidang seni.

"Alhamdulillah sekarang ini Dayyan sudah berusia 7 tahun dan sekarang ini sedang 'belajar' hidup seorang selebriti sebab memang sejak kecil lagi saya sudah dedahkan seperti membawanya ke lokasi penggambaran atau persembahan pentas.

"Pergi mana-mana pun kalau orang tak perasan saya, tapi mungkin akan kenal Dayyan. Jadi secara tak langsung dia sudah terbiasa dengan peminat yang mahu bergambar dengannya.

"Paling penting dia tak boleh buat 'hal' sebab orang kenal dia siapa," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Black memberitahu meskipun mendedahkan Dayyan dengan kehidupan seorang selebriti namun itu bukan bererti dia mengabaikan perkara lain termasuk pelajaran dan pendidikan agama.

"Memang saya nak dia ikut jejak langkah saya tetapi bidang pelajaran adalah keutamaan... biar seimbang kerana itu paling penting," katanya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi