suria

Mat Kilau dan Air Force ‘box office’ tapi sampai sekarang Johan As’ari belum ada tawaran filem baharu

WALAUPUN sudah membintangi dua filem hebat iaitu Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan dan Air Force The Movie, namun Johan As’ari mendedahkan sehingga kini dia masih belum menerima tawaran untuk berlakon filem baharu.

Berkongsi mengenai perkara itu, Johan atau nama sebenarnya Johan Ariff As’ari, 36, berkata dia enggan menyalahkan mana-mana pihak dan beranggapan masih belum ada rezeki buat dirinya.

“Masih lagi bersabar kerana untuk jadi seorang pelakon ni job bukan selalunya ada, kalau ada satu masa tu dia datang banyak.

“Sabar ni mendidik diri sendiri dan ia tiada kaitan dengan mana-mana pihak, memang saya sabar daripada segi semua termasuklah kehidupan.

“Walaupun sudah membintangi dua filem hebat untuk tahun ini iaitu Mat Kilau dan Air Force namun sampai sekarang ini tawaran untuk berlakon filem tiada.

“Saya anggap itu ada salah satu petanda bahawa saya perlu rehat seketika dalam lakonan untuk filem tetapi untuk tawaran drama serta telefilem memang ada, tak apa la bukan rezeki kot,” kata Johan kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi