suria

Ifa Raziah sengaja ‘create’ drama, suka dikecam tanda popular… “Orang benci tapi nak tengok”

TIDAK serik dikecam, penyanyi Ifa Raziah mengakui tidak terkesan dengan segala kecaman yang diterima olehnya di media sosial.

Kata Ifa atau Saripah Raziah Mustapha, 47, kecaman yang diterima itu memberi tanda kehadirannya dalam industri masih mendapat perhatian ramai.

“Tidak mengapa saya tak terguris pun malah Ifa Raziah semakin popular bila dikecam.

“Itu adalah satu marketing untuk kita... kalau kau tak dikecam maknanya kau tak popular orang tak ambil kisah tentang kau.

“Tapi bila orang pedulikan kau maknanya kau dipandang, masa itu orang nak tengok kau walaupun orang benci kau maknanya kaulah viral,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Ifa merupakan salah seorang daripada 50 orang juri dalam program All Together Now Malaysia musim kedua.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi