suria

“Dulu semua orang tengok filem P.Ramlee” - Sangeeta seru stesen TV rapatkan jurang kaum, ramai pelakon India fasih bahasa Melayu

PELAKON Sangeeta Krishnasamy menyeru penerbit dan pengarah filem untuk memperbanyakkan lagi pemilihan pelakon berbangsa India bagi mewarnai lagi industri hiburan tempatan.

Sanggeta, 37, berkata, sikap pilih kasih serta berat sebelah dalam kalangan penggiat seni perlu dipandang serius supaya tidak mengenepikan pelakon berbangsa India lain yang berbakat besar dan boleh diketengahkan.

"Dekat Malaysia ini kita berbilang kaum dan bangsa, jadi sangat baik kalau kita belajar semua bahasa dan sokong semua filem bahasa lain yang ada di Malaysia.

"Apabila saya masuk industri filem Melayu, agak terkejut kerana ada jurang antara industri filem Tamil dan Melayu yang sangat besar. Harapan saya agar dapat kurangkan jurang ini kerana sebenarnya ramai pelakon berbangsa India berbakat tetapi tidak diberikan peluang.

"Harap penerbit dan pengarah dapat perbanyakkan lagi uji bakat untuk mencari pelakon berbangsa India kerana ramai berbakat tetapi hanya pilih pelakon kegemaran dan biasa bekerja dengan mereka sahaja," katanya kepada mStar.

Untuk rekod, Sangeeta kali terakhir muncul dalam filem Juang arahan lima pengarah Datuk Yusry Abdul Halim, Aziz M.Osman, Khabir Bhatia, Osman Ali dan Mat Lai yang ditayangkan pada 8 September lalu.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi