suria

‘Swipe’ cetus fenomena, lagu baharu Alyph mungkin ada Vida lagi

PENYANYI Alyph menyifatkan kolaborasi bersama usawahan sensasi Datuk Seri Vida menerusi lagu Swipe adalah keputusan tepat memandangkan ia trending dan mencetuskan fenomena luar biasa.

Alyph atau Alif Abdullah, 33, berkata, meskipun ramai beranggapan dia menumpang populariti Vida namun dia sudah berfikir untuk bekerjasama lagi dengan usahawan tersebut untuk projek akan datang.

"Itu adalah risiko yang saya perlu ambil dan tidak boleh gembirakan semua pihak... Seni itu biasalah, ada orang akan suka dan sebaliknya.

"Menampilkan Vida adalah pilihan saya dan kalau tak suka, just swipe out saja la," katanya kepada mStar.

Alyph memberitahu dia menggunakan sample suara Vida bagi membuatkan lagu berkenaan ada sifat humor dan tidak terlalu 'ganas' dan suka dengan hasilnya.

"Untuk lagu ini saya cari mana-mana dialog dalam filem dan pelbagai suara artis ada, Datuk Seri Vida adalah salah satunya.

"Sample suara Vida yang sedang gelak saya guna dan suaranya itu membuatkan lagu ini tidak terlalu ganas. Saya suka dan pihak pengurusan pun tiada masalah dengan pilihan itu," ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi