suria

Orangnya kuat! Syafie Naswip puji Nad Zainal tak tunjuk sakit di set penggambaran… cuma pernah nampak batuk-batuk biasa

PELAKON Syafie Naswip mengakui terkejut apabila menerima perkhabaran sahabatnya iaitu Nad Zainal dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Selangor pada Selasa lalu akibat jangkitan kuman dan pendarahan pada paru-paru.

Justeru itu, Syafie meminta orang ramai terus memberikan sokongan serta mendoakan agar Nad segera sembuh dan pulih seperti sedia kala.

“Mula-mula masa saya dapat berita mengenai Nad Zainal memang terkejut dan tak jangka pula yang dia ada mengalami sakit yang teruk seperti itu, lagipun masa saya shoot dengan dia masa telefilem Dosa Tak Terampun tak ada pula nampak pelik.

“Masa dia batuk-batuk tu tak ada pula saya perasaan yang serius sebab ingat batuk biasa dan tak ada pula saya nak bertanya... Nad ni seorang fighter, kita jarang nampak dia sakit.

“Saya minta agar semua doakan agar Nad kembali pulih dan kepada kakak Nad Zainal walaupun pertama kali bekerjasama tapi kita sudah rapat dan harap stay strong okay,” kata Syafie kepada mStar.

Untuk Info, Syafie dan Nad Zainal pertama kali bergandingan dalam telefilem berjudul Dosa Tak Terampun arahan pengarah Bade Hj Azmi dan akan ditayangkan tidak lama lagi di TV3.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi