suria

[V] Dedah bekas kekasih bermula huruf N, Farisha Iris kata bukan Niezam Zaidi... “Saya main cakap je sebab nak jumpa Raisa”

PENYANYI Farisha Iris menafikan telahan netizen kononnya bekas kekasih bermula huruf N seperti didedahkan ketika konsert Raisa pada Ahad lalu adalah Niezam Zaidi.

Farisha atau nama sebenarnya Farisha Asmadi berkata apa yang diucapkan itu berlaku secara spontan kerana terlalu teruja bertemu dengan penyanyi popular dari Indonesia itu.

"Semasa itu Raisa berkongsi tentang lagu Mantan Terindah dan dia cakap dia nak berbual dengan peminat. Ketika itu tiada orang angkat tangan hanya saya seorang, jadi saya naik atas pentas dan Raisa tanya ada tak Mantan Terindah. Itu sahaja!

DSC_3118

Farisha ketika bertemu Raisa di konsert pada Ahad.

"Perkara itu terjadi dengan secara tidak langsung, saya beritahu saya baru sahaja berpisah dua hari lepas kerana bekas kekasih ingin berpisah. Saya main cakap sahaja sebab nak jumpa dia," katanya.

Farisha menjelaskan mengenai perkara itu semasa tayangan perdana filem Remp-It 2 yang turut dibintangi oleh Niezam Zaidi pada malam Isnin.

Kehadiran Farisha pada majlis tayangan filem itu seakan-akan mengesahkan hubungan di antara mereka.

Dalam pada itu, Farisha berkata dia secara spontan menyebut huruf N kerana ketika itu tertera dua nama sahabatnya bermula dengan huruf berkenaan di telefon bimbit.

ARTIKEL BERKAITAN: Digosipkan putus cinta dengan Niezam Zaidi, Farisha Iris buka mulut tentang kek bertulis ucapan ‘breakup’

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi gambar dengan Farisha Iris, Niezam Zaidi harap netizen berhenti cerita bukan-bukan

"Malah jejaka N yang disebut juga bukan sesiapa. Pada masa itu, hanya ada dua nama bermula huruf N yang saya belum membaca mesej di WhatsApp iaitu Niezam Zaidi dan Nureen Nabila.

"Saya memang tiada apa-apa dengan Niezam, kami hanya berkawan rapat dan sentiasa ada di belakang dia.

Farisha mahu fokus pelajaran dulu.

"Sekarang ini saya masih fokus pada pelajaran, kalau ada benda baik kita akan kongsikan," ujarnya.

Sebelum ini, tular video tentang pengakuan terbuka Farisha yang baru sahaja putus cinta dengan seorang jejaka yang bermula huruf N.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain