suria

Nad Zainal perlukan doa orang ramai... Ungku Ismail kongsi perkembangan terkini di ICU

PELAKON Ungku Ismail berkongsi perkembangan terkini keadaan kesihatan aktres Nad Zainal yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) akibat jangkitan kuman dan paru-paru berdarah.

Menurut Ungku, Nad masih lagi berada dalam keadaan kritikal dan sehingga kini doktor masih belum dapat mengesan punca berlakunya pendarahan tersebut.

Nad bagaimanapun disahkan mengalami autoimun iaitu sistem imun tubuh menyerang sel atau tisunya sendiri.

"Pendarahan berterusan... kiranya on off, jadi doktor terpaksa mengeluarkan darah yang berkumpul dalam paru-paru.

"Ubat sudah diberikan termasuk antibiotik, namun tidak memberi apa-apa kesan atau tindak balas terhadap jangkitan yang dialami.

"Dia masih lagi dalam ICU," katanya ketika ditemui mStar di Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Selangor.

Dalam pada itu, Ungku memberitahu Nad ke hospital untuk melakukan pemeriksaan menyeluruh apabila berasa cepat letih dan tidak sihat.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi