suria

“Itu saya yang dulu, sekarang lain” - Aisar Khaled nampak makin matang, buat content amal tapi kena tuduh menunjuk pula

PERSONALITI media sosial Aisar Khaled memberitahu dia kini kurang aktif dan memperlahankan kariernya dalam bidang lakonan.

Aisar atau nama sebenarnya Aisar Khaled Kamel, berkata keputusan itu dibuat kerana ingin menumpukan kepada bidang perniagaan yang baharu diceburi.

“Saya tak aktif sangat dalam bidang lakonan ni sebab lebih tumpukan kepada bidang perniagaan, saya menguruskan perniagaan ayah saya buat masa ini.

“Hampir 6 bulan juga berehat seketika dari industri hiburan ni, untuk berlakon semula mungkin dalam masa terdekat cuma belum tahu bila.

“Kalau dulu mungkin saya dikenali dengan content kontroversi sekarang tidak lagi dan lebih kepada kerja amal dengan hasil pendapatan yang saya perolehi daripada uruskan perniagaan ni jadi saya salurkan kepada yang memerlukan,” kata Aisar kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi