suria

Obses motocross buat Che Mad teruja berlakon Remp-It 2, Diana Danielle pantau hobi anak

PELAKON Diana Danielle mendedahkan penampilan sulung anak lelakinya iaitu Muhammad atau Che Mad dalam filem Remp-It 2 adalah permintaannya sendiri yang mahu berlakon.

Kata Diana, 31, Che Mad bersemangat untuk berlakon dalam filem tersebut selepas mengetahui bapanya, Farid Kamil akan mengarahkan sebuah naskhah berkaitan dunia permotoran.

"Muhammad sendiri yang mahu berlakon sebab dia dapat tahu bapanya nak buat filem fasal permotoran dan ketika itu usianya baharu sahaja enam tahun.

"Dia punya bersemangat nak ikut Farid ke lokasi penggambaran sampai minta hendak berlakon... melihat semangatnya, kami pun benarkan dia terlibat sama dalam Remp-It 2," katanya kepada mStar.

Remp-It 2 yang sedang ditayangkan di pawagam menampilkan barisan pelakon seperti Cat Farish, Niezam Zaidi, Izzue Islam, Shiha Zikir, Julia Hana, Kazar Saisi dan ramai lagi.

Dalam pada itu, Diana memberitahu Che Mad memang menggemari sukan lasak Motocross namun sebagai ibu dia ada rasa bimbang dengan minat anaknya itu.

Bagaimanapun kata Diana, sebagai ibu dia perlu terima bahawa anak sulungnya itu semakin membesar dan memilih menyokong dengan pemantauan ketat terhadap aktiviti kanak-kanak tersebut.

"Macam naik Motocross pun mak mana yang sanggup tengok anaknya lompat-lompat macam itu.

"Tapi saya kena terima dia dah besar dan anak lelaki pula, kalau tak naik motor sekarang, nanti dah besar naik juga... paling penting kita sokong dan pantau," ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi