suria

Aisha Retno tak kejar viral, tetap keluar lagu walau kurang dapat sambutan… “Saya percaya pada rezeki”

PENYANYI Aisha Retno menolak untuk melakukan perkara viral bagi mempromosikan diri.

Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 22, berkata dia lebih mengutamakan kualiti lagu sebelum menerima tawaran nyanyian.

“Saya mementingkan kualiti berbanding kuantiti dan kalau dapat dua-dua pun ia satu rahmat untuk saya.

“Kalau orang kata saya ni one hit wonder atau lagu kurang dapat sambutan ke... saya tetap akan lancar lagu.

“Jadi orang tahu yang saya masih lagi giat sebagai seorang ahli muzik yang mahu hiburkan peminat dengan karya baru saya,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Aisha merupakan salah seorang juri daripada 50 juri yang dilantik dalam program All Together Now Malaysia musim kedua yang dihoskan oleh Sherry Alhadad.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi