suria

Menyesal hidup terlalu selesa, Jaa Suzuran nak bina semula nama… Rindu kembali ke konti radio

SETELAH dua tahun berehat dalam industri hiburan, pelakon Jaa Suzuran memberitahu bakal membuat kemunculan dalam dunia lakonan dan pengacaraan pada tahun 2023

Jaa atau nama sebenarnya Mohammad Faizal Ahmad, berkata keputusan itu dibuat kerana perasaan rindu untuk beraksi dihadapan kamera dan ingin membina semulanya namanya dalam industri hiburan tempatan.

“Untuk wawasan 2023 saya ada mengambil keputusan untuk bahagikan masa antara gaming dan kemudian berlakon, lagi pun saya memang tengah merancang untuk kembali aktif dalam pengacaraan juga.

“Saya sudah terlalu lama juga tidak bergaul dengan dunia luar dan hanya fokus kepada game saja jadi untuk kali ini saya nak keluar daripada zon selesa itu.

“Lagipun saya nak bina semula nama saya dalam industri hiburan ni, risau orang nanti lama-lama lupa pula dengan Jaa,” kata Jaa kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Jaa telah tercalon Festival Filem Malaysia ke 32 bagi kategori Pelakon Lelaki Harapan untuk filem Autumm In Wales.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi