suria

Sibuk kejar ‘viewers’ tapi kocek kosong, Ajai bagi nasihat kepada penyanyi baharu

KOMPOSER Ajai menegur penyanyi baharu yang lebih mengejar populariti di media sosial berbanding menyanyikan lagu berkualiti.

Kata Ajai atau nama sebenar Muhammad Faizal Maas, 47, dia tidak mahu penyanyi baharu terlalu mengejar jumlah tontonan dan likes di media sosial kerana baginya seni itu ada harga.

“Saya tak nak mereka terleka dengan viewers kerana kalau mereka leka dengan viewers ia tidak membantu mereka mengembangkan seni mereka.

“Seni itu yang mereka mahu jual... jadi awak tak jual seni secara percuma.

“Takkan kamu nak jual seni percuma sedangkan kamu ada brand kamu sendiri,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Ajai berkongsi mengenai penglibatannya sebagai juri dalam program All Together Now Malaysia (ATNM) musim kedua.

“Pengalaman dalam ATNM bagus kerana saya menjadi wing kepada Datuk Syafinaz dan bila bercakap tentang dia kita tahu dia lebih kepada mengajar muzik dan kemahiran vokal.

“Dan bila datang kepada saya ia lebih kepada producing punya bahagian, ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi