suria

TikToker menyesal buat ‘prank’ baling kek muka makcik, janji dengan PakNil tak ulang lagi… “Masa birthday tak viral pula!”

GARA-GARA melakukan content parodi membaling kek ke muka seorang wanita, TikToker bernama Daing telah dihujani ribuan kecaman dan kritikan netizen di media sosial.

Menjawab mengenai isu itu, Daing atau nama sebenarnya Daing Iskandar Tahir, 24, mengakui menyesal dengan tindakan itu dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.

“Saya tahu apa yang saya lakukan sebelum ini adalah salah jadi secara jujurnya ikhlas daripada hati nak minta maaf kepada semua dan berjanji untuk ulangi kesilapan yang sama lagi.

“Waktu tu sebenarnya saya tak tahu nak buat content apa jadi bila sudah berbincang dengan team maka terhasil video tersebut, lagipun saya tiada niat apa-apa.

“Ramai yang kecam dan memberikan kata-kata berbaur hinaan kepada saya, selain netizen ada juga beberapa rakan selebriti turut memberikan kecaman kepada saya, jadi saya mohon maaf sekiranya perkara ini menyinggung perasaan dan berjanji tidak akan mengulangi lagi,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Daing memberitahu selepas nombor telefonnya tular, dia menerima ugutan bunuh daripada individu yang tidak dikenali.

“Ya betul beribu mesej dan panggilan call telah masuk hingga habis bateri telefon saya, lagipun apa yang buat saya sedih sebab selain ugutan tu ada juga yang memberikan kata-kata hinaan kepada keluarga saya dan itu tidak wajar,” luahnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi