suria

The Gadys angkat genre dangdut moden, tiada niat rosakkan industri muzik… “Masing-masing ada taste sendiri”

KUMPULAN The Gadys teruja apabila single kedua mereka berjudul Gelek Jambu versi dangdut mendapat sambutan daripada pendengar meskipun ia baru saja dilancarkan.

Namun disebalik penerimaan baik itu, ada segelintir netizen menyelar kumpulan ini kerana dilihat seolah-olah merosakan keaslian lagu dangdut di Malaysia.

Menurut salah seorang ahli kumpulan The Gadys iaitu Nelissa Nizam, mereka menerima segala komen itu dengan hati terbuka.

“Alhamdulilah penerimaan lagu Gelek Jambu ni memang baik, ramai yang suka bila dengar lagu ini sebab ia versi yang lain sikit ada campuran moden dan Reggeaton di selitkan dalam lagu ini.

“Bagi kami seni itu luas lebih lagi muzik, bebas untuk berkarya jadi sebagai generasi muda boleh saja cuba pelbagai cara untuk variasikan industri muzik ini, tidak salah rasanya untuk mencuba sesuatu yang baharu.

“Ramai orang ada pendapat dia yang sendiri dan citarasa sendiri untuk mendengar lagu macam mana jadi kami faham dan terima segala kritikan dan tomahan pada diri ini,” kata The Gadys kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi