suria

Shajiry kecewa tiada tawaran seni, stesen TV lebih utamakan artis BBNU... “Jangan sampai kami tiada baru nak hargai”

PENYANYI Shajiry meluahkan rasa kesal dan kecewa dengan sikap segelintir pihak terutamanya stesen televisyen yang terlalu selektif dalam pemilihan artis untuk membintangi filem atau drama.

Shajiry atau nama sebenarnya Shajiri Damery, 49 tahun, berkata sehingga kini tawaran nyanyian mahu pun lakonan buatnya masih kurang.

Justeru itu, Shajiry berkata dia kini lebih fokus kepada bidang perniagaan serta aktif di media sosial.

“Sekarang ini saya hanya fokus kepada perniagaan dan jadi TikToker saja kerana tawaran untuk saya agak kurang... saya pun tak tahu kenapa dan apa puncanya lagi pun saya masih mampu untuk menyanyi dan berlakon.

“Sejujurnya agak kecewa dengan sesetengah pihak dalam industri hiburan ni kerana mereka pinggirkan kami artis-artis senior ni, jangan sampai kami mati baru nak sanjung dan kenang... tak nak sampai jadi macam tu.

“Stesen televisyen juga memainkan peranan... janganlah hanya tawarkan asyik orang yang sama saja, kadang-kadang sampai orang muda pun disolekan jadi orang tua, sedangkan saya boleh jadi watak tua tersebut dan kenapa perlu buat sedemikian, sebab tu saya kecewa dengan industri hiburan tempatan sekarang ini,” kata Shajiry kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi