suria

Kembali hamil selepas 11 tahun, Syura takut terbayang-bayang proses bersalin… “Teringat susah lahir anak pertama dulu”

PENYANYI Syura Badron mengakui gementar menanti hari kelahiran anak keempatnya yang dijangka pada Mac tahun depan.

Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron, 36, berkata dia bimbang memikirkan proses kelahiran kelak, lebih-lebih lagi faktor usia semakin meningkat.

“Kali ini saya mengandung kembali selepas 11 tahun dan kalau ikutkan nasihat doktor pun risau sebab jarak agak jauh ni, saya ada bertanya dengan kawan-kawan dan ramai yang kata ia macam waktu mula-mula hamil tu perasaannya.

“Saya ada sedikit perasaan gementar sebenarnya tapi alhamdulilah prosesnya sangat mudah dan tidak mengalami apa-apa alahan langsung cuma kerap sakit sebab imune dalam badan rendah bila mengandung ni kan.

“Mungkin untuk orang luar ala umur baru 36 kan, muda lagi tapi untuk saya sendiri untuk membawa anak pada usia sekarang ini bukannya mudah ya... benda tu sangat-sangat menakutkan untuk saya,” kata Syura kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi