suria

[V] Masih buat babak sentuh pelakon wanita, Aliff Aziz hanya hamba lemah - “Jangan tegakkan benang yang basah”

PELAKON dan penyanyi Aliff Aziz menyifatkan dia seorang hamba Allah yang lemah kerana masih melakonkan babak berpegangan tangan bersama aktres wanita menerusi drama lakonannya.

Aliff atau Muhammad Aliff Aziz, 32, berkata, dia tidak mahu menegakkan benang yang basah dalam soal tersebut sebaliknya sedang sedaya upaya berubah menjadi seorang insan lebih baik.

Katanya, soal hukum hakam dalam agama bukan perkara boleh dipersenda apatah lagi mengubah mengikut cita rasa sendiri dan sebagai seorang beragama Islam dia menyedari akan hal tersebut.

aliff1 - 1

Aliff mohon doa yang baik-baik.

"Bagi Aliff, perkara tidak betul kita tidak boleh tegakkan benang yang basah dan mengatakan benda itu betul.

"Cuma saya hanya seorang hamba Allah yang masih lemah dan setiap hari saya cuba untuk perbaiki diri sendiri semampunya untuk jadi lebih baik," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hubungan dengan Aliff Aziz bermasalah, bertarung lembaga hitam dan mimpi didatangi ular... Bella Astillah terkena sihir pemisah

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah lalui fasa keretakan rumah tangga, Aliff Aziz dan Bella Astilah kongsi rasa bahagia dalam lagu

Dalam pada itu, Aliff turut memohon maaf kepada penonton sekiranya mereka tidak bersetuju dengan babak bersentuhan yang dilakonkan dalam drama.

Aktor itu turut meminta peminat untuk mendoakan yang terbaik buat dia dan bukan mencaci atas kekhilafan dilakukannya.

Saya hanya seorang hamba Allah yang masih lemah dan setiap hari saya cuba untuk perbaiki diri sendiri semampunya untuk jadi lebih baik.

ALIFF AZIZ

PELAKON

"Saya mohon kepada semua untuk doakan yang baik-baik, bukan sahaja untuk saya tetapi untuk semua pelakon.

"Saya mohon maaf terlebih dahulu kepada semua yang menonton sekiranya ada tidak bersetuju dengan tindakan saya.

"Saya harap ini tidak menjadikan sebab untuk orang mencaci kerana bagi saya lebih baik kita mendoakan kerana kebaikan itu akan berbalik kepada kita," ujarnya.

aliff2 - 1

Aliff mengakui kesilapan diri.

Untuk rekod, drama lakonan Aliff, Cina Buta arahan Shahrulezad Mohameddin kini sedang ditayangkan di slot Mega Drama Astro Ria (104) atau Astro Go.

Cina Buta mengisahkan tentang pasangan suami isteri, Sharnaaz dan Mia Sara yang mempunyai ego tinggi dan sering bergaduh sehingga mereka bercerai buat kali ketiga.

Drama ini turut dibintangi barisan pelakon terkenal termasuk Ungku Ismail, Nad Zainal, Puteri Aishah, Azhan Rani dan ramai lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain