suria

“Saya tiada kepentingan politik” - A. Aida kecewa kontrak perkhidmatan ahli lembaga Finas ditamatkan

A. Aida harap perjuangan untuk penggiat seni dapat diteruskan oleh ahli lembaga baharu.

PENERBIT Datuk A. Aida meluahkan rasa kecewa apabila kontrak perkhidmatannya sebagai ahli lembaga Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) ditamatkan secara tiba-tiba berkuat kuasa 16 Disember tahun lalu.

A. Aida atau Zaidah Awang, 53, juga keliru dengan keputusan tersebut memandangkan perkhidmatannya yang bermula pada 15 Jun 2022 adalah mewakili kelompok industri dan bukannya atas dasar kepentingan politik.

“Saya terima dan pasrah dengan keputusan tersebut. Namun saya juga tertanya-tanya kenapa diberhentikan memandangkan lantikan saya adalah mewakili industri. Saya tiada kaitan atau kepentingan dengan mana-mana parti politik.

finas 1

Zed Zaidi, A. Aida dan Mat London antara yang ditamatkan perkhidmatan.

“Dalam masa sama saya juga rasa kecewa sebab ada tiga perkara yang saya mahu perjuangkan. Saya berkorban terima jawatan ini sebab kalau jadi lembaga tidak boleh ambil dana Finas. Saya buat sebab nak majukan industri,” katanya kepada mStar.

Terdahulu nama A. Aida antara tujuh ahli lembaga yang ditamatkan perkhidmatan termasuk bekas pengerusi Finas iaitu Senator Datuk Seri Zurainah Musa.

Penamatan tugas itu selari dengan surat yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) bertarikh 14 Disember 2020 yang mana semua perkhidmatan dengan lantikan politik ditamatkan secara serta merta.

ARTIKEL BERKAITAN: A. Aida, Zed Zaidi dan Mat London antara ahli lembaga Finas ditamatkan perkhidmatan

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas pengerusi Finas tak nak gaduh, akur kontrak ditamatkan walaupun tidak dipanggil berbincang

Bercakap tentang perjuangan yang belum selesai, kata A. Aida tiga perkara utama yang ingin diketengahkan adalah berkaitan hak cipta, pengkelasan rumah produksi dan kredit masa untuk penerbit yang mana ia dapat membantu membela nasib ramai pemain industri sepertinya.

Memandangkan hasrat tersebut tidak kesampaian, A. Aida berharap barisan ahli yang baharu dilantik nanti dapat meneruskan perjuangan tersebut.

“Saya baru sahaja siapkan kertas kerja untuk di angkat ke peringkat seterusnya. Apabila sudah berlaku begini maka terbantutlah segala usaha saya.

Saya berkorban terima jawatan ini sebab kalau jadi lembaga tidak boleh ambil dana Finas. Saya buat sebab nak majukan industri

DATUK A. AIDA

PENERBIT

“Semoga mereka yang baru dilantik dapat meneruskan perjuangan tersebut sebab apa yang cuba saya bangkitkan dapat membantu produksi dan usahawan yang terlibat dalam pembabitan filem,” ujarnya.

Sementara itu penamatan perkhidmatan tersebut tidak akan membataskan semangat A. Aida untuk terus memberi kerjasama dengan Finas jika masih diperlukan.

a aida 1

Antara program yang dilakukan Finas untuk kemajuan industri filem.

Penerbit dari A. Aida Productions ini menyifatkan tahun 2022 sebagai pencapaian cemerlang buat Finas atas penganjuran pelbagai program bermanfaat serta menambahbaik segala isu berbangkit.

“Finas bagaikan satu keluarga buat saya. Tidak bermakna apabila ditamatkan kontrak saya akan terus hilang. Jika mereka perlukan sebarang nasihat atau pandangan saya sedia membantu.

“Tahun 2022 kita menyaksikan pelbagai kemajuan yang telah dibawa Finas. Saya boleh katakan sebagai tahun cemerlang buat kami,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain