suria

Raja Ilya serbu kedai mamak sejurus tiba di KL, suami pesan makanan penuh satu meja!

Restoran mamak jadi destinasi pertama Ilya dan suami apabila tiba di Malaysia.

PELAKON Raja Ilya meluahkan rasa teruja apabila akhirnya dapat menjejakkan kaki ke Malaysia setelah hampir tiga tahun tidak dapat berbuat demikian disebabkan penularan wabak Covid-19 dan beberapa faktor lain.

Ilya atau Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, 37, mendedahkan dia sudah membuat persiapan pulang ke tanah air sejak enam bulan lalu sehingga pelbagai perkara bermain dalam fikirannya.

"Sebelum ini tak boleh balik sebab Covid-19 selain masalah dokumen perjalanan namun apabila semuanya selesai saya memang ambil peluang pulang ke Malaysia selama sebulan.

"Sejak rancang nak balik Malaysia, macam-macam dalam fikiran sampai ada ketika tak boleh nak tidur. Tambahan pula kali ini kami balik bertiga.

ilya 3

Keluarga di Malaysia tidak sabar mahu berjumpa anak Ilya.

"Tapi bila sampai sini Jumaat lepas, rasa janggal pun ada bila dapat bertemu keluarga dan rakan-rakan," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Ilya memberitahu perkara pertama dia dan suami, Trent Garret lakukan sejurus tiba di Kuala Lumpur adalah melunaskan mengidam makan di restoran mamak.

ARTIKEL BERKAITAN: Raja Ilya selamat bersalin bayi perempuan, pilih nama Talita Love

ARTIKEL BERKAITAN: Raja Ilya hamil lima bulan, tak mengidam makan macam-macam... Tapi rindu nak balik Malaysia

Kata Ilya, Trent paling teruja akhirnya dapat menikmati makanan di restoran mamak sehinggakan memesan pelbagai makanan.

"Memang masakan India itu saya biasa masak, tapi rasa makanan di restoran mamak itu berbeza. Itulah yang suami saya cari dulu.

"Sampaikan pekerja restoran berasa pelik sebab kami pesan pelbagai makanan sampai penuh meja," katanya.

Keluarga di Ipoh pula dah tak sabar nak jumpa anak kami. Mereka siap rancang nak buat kenduri

RAJA ILYA

PELAKON

Sementara itu, Ilya berkata, keluarganya di Ipoh, Perak juga sudah tidak sabar menantikan kepulangan mereka untuk melihat anak sulungnya, Talita Love buat pertama kali selepas enam bulan dilahirkan.

Malah keluarganya turut merancang untuk membuat kenduri kesyukuran bagi meraikan kepulangan mereka sekeluarga.

“Keluarga di Ipoh pula dah tak sabar nak jumpa anak kami. Mereka siap rancang nak buat kenduri. Tapi saya kata tak perlu adakan majlis besar-besaran, cukuplah sekadar makan-makan bersama keluarga,” ujarnya.

ilya 2

Ilya menetap di Australia selepas berkahwin.

Bercakap soal kerjaya lakonan, Ilya terbuka sekiranya ada tawaran yang tidak memerlukan komitmen terlalu lama sementara dia berada di Kuala Lumpur.

“Tentang tawaran berlakon saya tiada masalah untuk terima kalau ada job yang sehari di lokasi. Mungkin boleh buat penampilan istimewa.

"Tapi saya juga sudah rancang selepas ini akan kembali aktif dan sedia untuk ulang alik jika ada tawaran yang baik,” jelasnya.

Untuk rekod, Ilya kini menetap di Perth, Australia bersama suami, selepas mereka mendirikan rumah tangga pada 2018.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain