suria

Mengidam naik Ferrari, netizen puji sikap rendah diri Madammu beritahu kereta sewa

Madammu mengidam mahu menaiki Ferrari.

MENGIDAM adalah perkara biasa bagi wanita yang sedang mengandung sehinggakan ada di antara mereka yang teringin makanan atau benda yang sukar didapati.

Berlainan dengan usahawan kosmetik dan pempengaruh media sosial, Eriyca Baiduri Abdul Rashid yang sedang hamil empat bulan mengidam untuk menaiki kereta mewah jenis Ferrari.

Eriyca atau lebih mesra dengan panggilan Madammu, 32, berkata, dia sudah lama tidak menaiki kenderaan jenis itu dan mahu mengambil foto dari bahagian tepi tingkap.

madam2 - 1

Kandungan Madammu kini mencecah usia empat bulan.

"Dah lama tak naik (Ferrari). Ala kita cubalah. Perlahan-lahan... baby mengidam nak naik.

"Nanti nak ambil gambar tepi tingkap," katanya.

Madammu berkongsi perkra itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: "Sejak hari pertama IVF saya kongsi perjalanan zuriat ini" - Madammu enggan sorok berita kehamilan walau kandungan baru 5 minggu

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri hampir menangis mengidam nak makan kuih raya tengah malam, Ayie Floor88 gagahkan diri cari sampai dapat

Menerusi kapsyen video berkenaan, Madammu memberitahu bayi dalam kandungannya yang mengidam hendak menaiki Ferrari dan terpaksa meminta suami, Muhammad Azri Che Noh, 44, menyewa kenderaan tersebut.

Bagaimanapun, menerusi ruang komen, rata-rata mendakwa kenderaan mewah tersebut adalah memang milik suaminya dan bukan di sewa.

"Bukan ke Madammu dah ada Ferrari merah TP (panggilan Azri) punya.

"Memang TP ada kereta ini. Selalu tengok video Madammu ada dengan Ferrari ini. Humble sangat Madammu cakap kereta sewa," tulis netizen.

madam1 - 1

Madammu terkenal sebagai usahawan yang merendah diri.

Untuk rekod, Madammu kini sedang hamil empat bulan hasil daripada proses in vitro fertilization (IVF) yang dilakukan pada April lalu.

Madam mendirikan rumah tangga dengan Azri pada 2015 yang juga seorang duda beranak tiga iaitu Zahara, Qally dan Ahmadhi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain