suria

Alif Muhaimin sudah bertunang Oktober lalu, berdepan pelbagai ujian termasuk rumah terbakar

Alif mengikat tali pertunangan pada Oktober lalu.

PELAKON Alif Muhaimin mengakui berdepan pelbagai dugaan sejak mengikat tali pertunangan bersama kekasih, Nur Fatin Alissa Azam, 21, pada 29 Oktober lalu.

Alif atau Alif Muhaimin Abdul Rahman, 28, berkata, dia tidak menyangka akan diuji dengan pelbagai perkara termasuk insiden kediaman keluarganya di Kelana Jaya dijilat api pada 12 Disember lalu.

Tidak hanya itu, Alif mendedahkan hubungannya dengan Alissa juga hampir terkandas ekoran mereka sering tidak sependapat tentang pelbagai perkara.

"Sebenarnya saya dan Alissa sudah bertunang pada 29 Oktober lalu, dan apa yang saya boleh nampak, memang banyak dugaan yang datang dalam tempoh pertunangan ini.

alip1 - 1

Alif dan pasangan merancang untuk berkahwin Jun tahun depan.

"Sebelum tunang pun kami banyak salah faham dan hampir putuskan hubungan. Alhamdulillah, jodoh masih panjang dah akhirnya kami ambil keputusan untuk meneruskan hubungan ke fasa seterusnya," katanya ketika dihubungi mStar.

Di sebalik pelbagai dugaan, Alif bagaimanapun menganggap apa yang berlaku ada hikmah di sebalik selain ia adalah bentuk ujian untuk mempersiapkan diri menjadi seorang suami bertanggungjawab.

ARTIKEL BERKAITAN: Alif Muhaimin tak keruan ibu terperangkap dalam kebakaran, sempat hantar WhatsApp minta telefon bomba - "Kami tinggal sehelai sepinggang"

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah hangus dijilat api, Alif Muhaimin insaf dan kagum potongan ayat al-Quran masih elok

Alif berkata, musibah melanda keluarganya banyak mengajarnya tentang erti sabar selain reda dan meletakkan diri sepenuhnya kepada Allah SWT.

"Sebelum ini saya terima tawaran dan sudah rancang untuk simpan duit itu untuk kerja kahwin. Sekali, saya diuji pula dengan rumah terbakar. Banyak juga wang harus dikeluarkan untuk baiki rumah.

"Saya diuji pula dengan tiada sebarang tawaran... waktu itu memang saya serahkan semuanya kepada Allah dah Alhamdulillah bila saya tenang dan reda, rezeki itu datang satu persatu," ujarnya.

Sebelum tunang pun kami banyak salah faham dan hampir putuskan hubungan. Alhamdulillah, jodoh masih panjang.

ALIF MUHAIMIN

PELAKON

Bercakap mengenai tunangnya, Alif menyifatkan Alissa sebagai seorang wanita idamannya dan berharap urusan mereka mendirikan rumah tangga dipermudahkan.

Tidak hanya itu, Alif turut terharu apabila keluarga bakal mentuanya menerimanya dengan cukup baik selain banyak membantu meringankan beban termasuk sejak rumah keluarganya terbakar.

alip2 - 1

Alif percaya pada rezeki.

"Saya bersyukur sangat mendapat calon isteri yang saya impikan. Alissa seorang yang baik dan sangat memahami.

"Ibunya, Wan Zainab juga sangat baik hati kerana banyak bertolak ansur dalam urusan perkahwinan kami selain membantu ketika keluarga saya ditimpa musibah," katanya.

Terdahulu, Alif diuji apabila kediaman keluarganya terbakar berpunca daripada litar pintas yang menyebabkan hampir kesemua barang milik mereka hangus dan tidak boleh digunakan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain