suria

Rumah hangus dijilat api, Alif Muhaimin insaf dan kagum potongan ayat al-Quran masih elok

Alif kongsi keadaan ayat al-Quran terselamat ketika kebakaran.

SUSULAN kejadian kebakaran kediaman keluarga Alif Muhaimin pada Isnin, pelakon itu berkongsi beberapa foto keadaan rumahnya selepas insiden tersebut.

Alif atau Alif Muhaimin Abdul Rahman, 28, berkata, dia insaf dan kagum melihat kebesaran Allah SWT apabila beberapa bingkai potongan ayat al-Quran di dalam rumahnya sama sekali tidak musnah akibat kebakaran itu.

Sebaliknya, ia masih dalam keadaan elok malah tidak sedikit pun terkena percikan api meskipun rumahnya hangus dijilat api.

Alif kongsi ayat al-Quran dalam rumah masih elok.

"Allahuakbar, saya jadi lagi yakin bila tak ada satu ayat atau surah al-Quran, tak ada satu pun potongan yang koyak walaupun boleh nampak penghawa dingin di atasnya cair akibat kebakaran... tapi ayat (bingkai) di bawahnya masih cantik," katanya.

Alif berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Alif Muhaimin tak keruan ibu terperangkap dalam kebakaran, sempat hantar WhatsApp minta telefon bomba - “Kami tinggal sehelai sepinggang”

ARTIKEL BERKAITAN: Baru umum rancang kahwin tahun depan, Alif Muhaimin sedih ditinggal kekasih hanya melalui WhatApps

Dalam pada itu, Alif berkata, dia percaya ada hikmah di sebalik kejadian yang menimpa keluarganya.

"Gambar pertama piring ayat kursi, jatuh bawah pecah. Allah nak yakinkan ada hikmah ini, Insya Allah," katanya lagi.

Terdahulu, Alif cemas apabila ibunya, Faridah Sheikh Mohamed terperangkap dalam rumah mereka yang sedang terbakar.

313727790_1419566921869876_3473376884436186855_n

Keadaan ketika rumah Alif terbakar.

Kejadian yang berlaku kira-kira 3.50 petang akibat lintar pintas semasa ibunya bersendirian di kediaman mereka di Kelana Jaya.

Bagaimanapun pelakon itu berserta adik-beradiknya sempat sampai ke rumah bagi menyelamatkan ibu mereka yang terperangkap dan menelefon pihak bomba untuk memadam kebakaran.

Pun begitu, adik perempuannya melecur di bahagian tangan manakala ibunya pula mengalami trauma akibat kejadian tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain