suria

Baru umum rancang kahwin tahun depan, Alif Muhaimin sedih ditinggal kekasih hanya melalui WhatApps

Hubungan cinta Alif dan Sara hanya bertahan lapan bulan.

HAMPIR lapan bulan bercinta, juara Hero Remaja 2018 iaitu Alif Muhaimin mengakui hubungannya dengan Instafamous bernama Sara sudah berakhir pada minggu lalu.

Alif atau Alif Muhaimin Abdul Rahman, 27, mendedahkan bekas kekasihnya itu memutuskan hubungan mereka hanya menerusi aplikasi WhatsApp.

ARTIKEL BERKAITAN: Seram! Katil Alif Muhaimin bergegar ketika tidur dengan kawan - “Terus kami tutup muka takut diganggu”

Alif 1Alif terima keputusan bekas kekasih ingin putus.

"Kami putus hujung minggu lepas. Sedihnya, perpisahan kami cuma menerusi kiriman pesanan WhatsApp daripada Sara. Tak sempat nak bincang apa-apa.

"Jujurnya sangat terkejut dengan tindakannya sebab selama ini bukan main lagi cakap sayang gila dan seumpamanya.

"Tiba-tiba saya dapat mesej. Katanya, dia sudah membuat keputusan yang tak boleh teruskan hubungan dan tidak boleh jadi kawan," kata Alif kepada mStar.

Sakit macam mana pun, saya kena tukar perspektif fikiran, fikir bahawa Allah telah selamatkan saya.

ALIF MUHAIMIN

PELAKON

Lebih menyedihkan, pada awal bulan ini, baru saja mengumumkan kepada media bahawa majlis perkahwinannya dengan Sara dijangka berlangsung tahun depan.

Khuatir kenyataannya disalah erti dan akan menggores hati serta mengaibkan bekas kekasihnya, Alif sekadar berharap agar wanita itu bertemu jodoh dengan lelaki lebih baik.

"Harap lepas ni lelaki yang dia berkenan tu dapat jadi suami dan membimbingnya hingga ke jannah.

Alif 2Alif anggap ada hikmah hubungan cintanya berakhir.

"Sakit macam mana pun, saya kena tukar perspektif fikiran, fikir bahawa Allah telah selamatkan saya. Ada hikmah, Insya-Allah," ujarnya.

Dalam pada itu, menyentuh soal karier lakonan, Alif secara berseloroh berkata, rezekinya semakin murah selepas putus cinta.

Dia ditawarkan watak utama bagi membintangi drama Sentuhan Jiwa arahan sutradara terkemuka, Osman Ali.

Selain Alif, pelakon yang terbabit dalam naskhah berkenaan ialah Afifah Nasir dan Roy Azman.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain