suria

Syamsul Yusof akui hidup berumah tangga penuh ujian, media sosial turut jadi punca gangguan mental

Syamsul mohon doa untuk keluarganya.

JARANG memuat naik perkongsian di laman sosial, pelakon dan pengarah filem Syamsul Yusof berkata, langkah dibuatnya itu turut menjadi tanda tanya netizen sehingga ada yang melahirkan rasa risau.

Menganggap media sosial mampu merosakkan minda, Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 37, berkata dia ingin mengambil masa untuk berehat daripada platfrom itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada yang tak senang Puteri Sarah berbaik dengan Syamsul Yusof, sampai ganggu ibu mertua - “Tolong jaga maruah sikit, pergi berubat... teruk sangat dah”

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul Yusof buat laporan polis selepas terima ancaman - “Saya mati pun tak apa, anak jangan sentuh”

"Saya tak tahu orang lain... tapi kita tahu, media sosial ini boleh merosakkan mental kita. Sebab itu kadang-kadang saya berehat daripada media sosial.

"Mungkin sebab faktor usia... saya rasa tak okay bila bangun dan nak tidur saja, mesti nak tengok handphone. Saya terfikir yang saya kena berpijak di bumi nyata.

Syamsul 1

Syamsul (kiri) dan Adi Putra bakal bergandingan semula dalam filem KL Gangster 3.

"Kita kena jaga diri kita. Bagi saya, kena take a break. Tapi bila saya tak update apa-apa di IG melibatkan filem atau apa-apa, orang akan mula tanya saya okay ke tak?

"Orang ingat saya stress. Benda ini sudah menjadi kebiasaan sebab itu kita kena ubah mindset," kata Syamsul.

Perkongsian Syamsul itu dilakukan pada sesi IG Live berjudul Pengarah Tanpa Gagal anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) pada malam Rabu.

Sesi yang diadakan melalui akaun Instagram Wartawan Hiburan itu adalah bagi menyemarakkan sambutan Festival Filem Malaysia ke 31 (FFM-31) yang akan diadakan pada 10 Disember depan.

Moderator yang terlibat dalam sesi berkenaan ialah bekas wartawan Melodi, Nik Syafik dan hos rancangan Astro, Aswad Jalil.

Selagi kita tak mati, ujian akan terus datang.

SYAMSUL YUSOF

PELAKON & PENGARAH

Untuk rekod, pada Oktober tahun lalu, Syamsul pernah membuat laporan polis selepas menerima ugutan dan ancaman terhadap dirinya, anak dan isteri di Instagram daripada individu tidak dikenali.

Berkongsi mengenai kontroversi rumah tangganya dengan aktres Puteri Sarah, Syamsul menganggap ia sebahagian daripada ujian Allah yang perlu dihadapi setiap manusia.

Hanya mampu lakukan yang terbaik, pelakon dan pengarah berbakat ini mengharapkan doa buat keluarganya.

"Hidup ini memang penuh ujian... saya melalui fasa muda, ingatkan bila dah berkahwin, settle semuanya. Tapi sebenarnya ia satu tanggungjawab dan cabaran yang besar.

Syamsul akui media sosial mampu merosakkan mental seseorang.

Syamsul mahu rehat daripada media sosial.

"Selagi kita tak mati, ujian akan terus datang. Tak kisah la kita ini artis atau orang biasa. Ujian pasti akan datang, kita tak terlepas daripada benda itu (ujian).

"Saya akan cuba yang terbaik dan termampu. Kita ini manusia, cakap senang. Tapi apa-apa pun, doakan yang terbaik untuk keluarga saya," ujarnya.

Pada September tahun lalu, kisah rumah tangga pasangan itu didakwa sedang bergolak menjadi perhatian selepas Syamsul mengakui mereka dalam proses memperbaiki hubungan dengan mendapatkan nasihat daripada pihak sepatutnya.

Syamsul berkahwin dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 4, dan Summayah yang kini berusia dua tahun.

Dalam perkembangan lain, Syamsul dalam proses pembikinan filem sekuel KL Gangster 3 yang masih dirahsiakan barisan pelakon terlibat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain