suria

Anak Allahyarham Mr Os ikut jejak jadi pelawak, sertai Mencari Sepahtu Yang Hilang... Tak mahu tumpang populariti arwah bapa

Hazwan (kiri) dan Hafizul (kanan) ikut jejak langkah bapa jadi pelawak.

DUA anak kepada pelawak terkenal Allahyarham Mr. Os iaitu Hazwan dan Hafizul membuat kejutan bakal menyertai program realiti terbaharu Astro Warna iaitu Mencari Sepahtu Yang Hilang.

Anak keempat arwah iaitu Hafizul atau nama sebenarnya Mohamad Hafizul Mohd Yusof, 25, berkata, dia dan abangnya bimbang orang meletakkan jangkaan yang tinggi selepas mengetahui mereka anak pelawak legenda Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: “Seluruh pahala saya sebagai doktor untuk abah” - Anak pelawak Mr Os bergelar doktor

“Ya... kami berdua memang anak Mr. Os. Tapi ikutkan tak nak beritahu orang mengenai diri kami. Tak nak dikenali sebagai anak Mr. Os. Bimbang orang meletakkan expectation yang tinggi terhadap kami.

Bila orang dah tahu kami anak kepada seorang pelawak legenda nanti buat silap pun akan dikritik

HAFIZUL

ANAK ARWAH MR. OS

“Bukan itu sahaja, bila orang dah tahu kami anak kepada seorang pelawak legenda nanti buat silap pun akan dikritik dan kalau buat yang terbaik pun, orang akan mengata.

“Benda yang paling kami takut, bila orang tuduh kami nak tumpang populariti arwah ayah. Kami hanya membawa nama dan meneruskan legasi sahaja tapi yang pasti kami akan persembahkan sesuatu yang berbeza,” katanya kepada mStar.

Allahyarham meninggal dunia pada 8 April 2016 di Hospital Selayang akibat kanser paru-paru.

Hazwan dan Hafizul merupakan cahaya mata daripada perkahwinan pertama arwah.

Arwah turut mempunyai lima orang anak daripada perkahwinan pertama.

os2

Hazwan dan Hafizul cuba nasib menerusi kumpulan Arteh.

Hazwan dan Hafizul bergabung menerusi kumpulan Arteh itu ditemui ketika sidang media pelancaran program realiti terbaharu Astro Warna iaitu Mencari Sepahtu Yang Hilang di The Summit 1, VE Hotel, The Vertical, Bangsar South, Kuala Lumpur pada Rabu.

Selepas lebih sedekad, kini tiba masanya untuk Sepahtu mencari muka baharu untuk dijadikan edisi terkini kumpulan mereka menerusi program.

Program baharu yang dikendali oleh pelakon Ramona Zamzam dan Jiggy Masin selalu pengacara belakang pentas itu akan bersiaran selama lapan minggu dan bakal menemui peminat mulai 2 Disember depan, 9 malam,di Astro Warna.

Selain Arteh, 11 lagi kumpulan peserta iaitu Yusra (solo), Muslim (solo), Joned, Spana dan Sebat (kesemuanya peserta duo) serta Gahai, Pitu, Sepan, San, Siji dan Takal (peserta trio).

Dalam pada itu, abang kepada Hafizul iaitu Mohamad Hazwan, 30, menegaskan mereka berjaya memasuki program tersebut bukan disebabkan nama Allahyarham.

Biarpun ahli kumpulan Sepahtu iaitu Pak Ya mengenali dia dan Hafizul sebagai anak Mr. Os namun pemilihan mereka atas dasar bakat.

“Kami berjaya masuk program ini bukan disebabkan nama arwah ayah. Masa hantar video uji bakat pertama, tak ada sebut pun nama arwah. Bila dah berjaya peringkat seterusnya, kami ditemu bual secara maya dengan ahli Sepahtu.

“Dan ketika itu la baru Pak Ya perasan yang kami ini anak kepada Mr. Os. Sebab masa arwah masih hidup, kami yang menguruskan kerjayanya dan pernah la jumpa dengan Pak Ya.

“Tapi bukan sebab Pak Ya kenal, dia pilih kami... memang dia kata pemilihan itu disebabkan nampak bakat kami berdua,” kata Hazwan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain