suria

Sajat bakal muncul di program ‘The Ellen Show’ Januari depan... akan terus ‘terbang’ selepas pandai berbahasa Inggeris

Sajat bakal ditemuramah oleh pengacara terkenal Ellen DeGeneres.

USAHAWAN kosmetik kontroversi Nur Sajat bakal muncul dalam program temubual popular The Ellen DeGeneres Show yang dihoskan pengacara popular Ellen DeGeneres pada Januari 2022.

Berkongsi berita itu menerusi video TikTok pada Selasa, Sajat berkata jadualnya kini padat dan merancang untuk ke beberapa negara atas urusan kerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Perit... Sajat kongsi detik-detik pilu berpisah dengan anak, berazam bina perniagaan baharu di luar negara

ARTIKEL BERKAITAN: Sajat muncul di 'IG Live' dakwa sudah berhijrah ke Australia

“Pada Februari saya akan terbang ke Singapura... Jadual saya padat tau.

“Apabila saya pandai bahasa Inggeris, saya akan terbang... terbang dan terbang untuk peluang kerja,” ujarnya.

Ahli perniagaan sensasi itu berpindah ke Australia selepas diberikan suaka di sana.

Cosmetics entrepreneur Nur Sajat says she will be travelling to United States in January to appear on 'The Ellen DeGeneres Show'. Photo: Nur Sajat/Instagram

Sajat kini menetap di Australia.

Dia meninggalkan semua perniagaannya di Malaysia untuk memulakan kehidupan di negara itu.

Pada 18 Oktober lalu Sajat mendedahkan berjaya melarikan diri ke Australia selain menyatakan hasrat untuk terus menetap di negara berkenaan.

Untuk rekod pada 6 Januari lalu, Muhammad Sajjad dituduh di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam atas kesalahan mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 iaitu menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu dalam majlis bacaan Yasin dan solat hajat, pada 7.30 malam, 23 Februari 2018 di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion, Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16, Shah Alam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Sajat, Nur Sajat, Sajat The Ellen Show,

Artikel Lain