suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penerbit dan penulis novel ‘7 Hari Mencintaiku’ Siti Rosmizah kritikal akibat Covid-19

Rosmizah kini dilaporan di ICU.

PENERBIT Siti Rosmizah Semail dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat jangkitan Covid-19.

Berita tersebut dikongsi menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada Ahad.

“Mohon sahabat-sahabat serta semua yang mengenali Siti Rosmizah sama-sama untuk doakan dia kembali pulih dari Covid-19.

“Dia kini berada di ICU dan dalam keadaan kritikal,” jelas kenyataan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Nad Zainal masuk ICU akibat jangkitan kuman dalam paru-paru

Bagaimanapun tidak dinyatakan sejak bila dan di mana penerbit berkenaan menerima rawatan akibat jangkitan tersebut.

Usaha mStar mendapatkan maklumat lanjut mengenai keadaan Rosmizah juga tidak berjaya apabila panggilan yang dibuat tidak berjawab.

Menerusi ruang komen, ramai dalam kalangan selebriti tempatan yang turut meluahkan simpati dan berharap Rosmizah akan kembali sembuh seperti sedia kala.

Rosmizah yang juga merupakan seorang penulis novel, terkenal dengan karya seperti 7 Hari Mencintaiku dan Jangan Menangis Cinta.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain