suria

Nad Zainal masuk ICU akibat jangkitan kuman dalam paru-paru 

Nad ditahan di ICU akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.

PELAKON Nad Zainal dilaporkan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan swasta dan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Aktor Ungku Ismail memaklumkan Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin, 32, dikejarkan ke hospital akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.

"Saya pohon doa-doa semua kepada Nad Zainal yang dimasukkan ke hospital hari ini disebabkan jangkitan kuman paru-paru," katanya.

Ungku Ismail memaklumkan mengenai keadaan Nad menerusi Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mafarikha imbau lihat 3 pesakit Covid-19 meninggal dunia, sering menangis sampai mental ‘koyak’

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Cantik bertudung! Nad Zainal sudah lama pasang niat berhijab, yakin imej baharu tak ganggu karier lakonan

Dalam pada itu, Ungku Ismail memaklumkan pihak doktor telah melakukan beberapa prosedur terhadap Nad dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Bagaimanapun, keadaan Nad masih memerlukan pemantauan rapi daripada doktor.

"Dia dalam keadaan tidak sihat tetapi menurut doktor stabil," katanya lagi.

Difahamkan punca pelakon itu mendapat jangkitan kuman paru-paru akbiat kesan long Covid yang dialaminya beberapa bulan lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain