suria

Lidah sampai melekat dekat braces, deejay baharu Hot FM Keymi belajar buang loghat Terengganu

BEKAS penyampai radio Molek FM iaitu Keymi mengakui tidak mudah untuk membuang loghat Terengganu yang dimilikinya apabila memulakan tugas baharu di stesen Hot FM sejak 2 Januari 2023.

Keymi atau Nurul Kamilia Afiqah Mohd Kamaruzaman, 25, berkata, disebabkan loghat itu dia beberapa kali tersasul ketika pertama kali ke udara menerusi segmen FYP@Hot namun menyifatkan ia sebagai cabaran memperbaiki diri dari masa ke semasa.

"Saya memang anak jati Terengganu malah ibu bapa pun berasal dari sana... tersasul tu tiada, tapi sakit juga gigi dan lidah rasa macam nak melekat dekat pendakap gigi.

"Itu cabaran saya pada hari pertama di Hot FM tetapi Insya Allah saya dapat perbaiki diri dan mengurangkan loghat tersebut," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Keymi memberitahu dia cukup teruja dapat menyertai keluarga Hot FM dan melihat ia sebagai peluang mengembangkan karier dalam bidang penyiaran radio.

Keymi turut berharap kemunculannya dapat diterima baik pendengar di seluruh Malaysia menerusi segmen kendaliannya itu.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Keymi, HOT FM, Radio, Molek FM,
Semua
Hiburan
Berita
Variasi