suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lain macam penerimaan peminat! Masdo lebar sayap sampai ke Indonesia, tak sangka warga seberang suka

KUMPULAN Masdo meluahkan rasa syukur dapat melebarkan sayap bersama syarikat rakaman Warner Music Malaysia dan Indonesia.

Menurut Ali yang merupakan vokalis kumpulan Masdo, kerjasama terjalin ini dapat memudahkan pergerakan kumpulan ini untuk melakukan aktiviti di negara berkenaan.

“Kami baru saja sign projek setahun bersama Warner Malaysia dan Indonesia, kami ada tiga single untuk tahun ini jadi dengan kolaborasi ini dapat la kami lakukan promosi yang secara teratur di Indonesia.

“Sebab itu ada kolaborasi dengan syarikat kedua-dua buah negara ini, jadi memudahkan kami serta teratur sebab sebelum ini kami sudah lakukannya sendiri.

“Kami sudah tahu onak dan duri bila bergerak secara sendiri ini apabila tanpa pihak pengurusan yang betul, namun begitu pengurusan masih lagi Masdo cumanya promosi kami gunakan khidmat syarikat label,” kata Ali kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi