JARANG sekali animasi menampilkan watak dewasa sebagai watak utama, namun filem Papa Zola The Movie membuktikan sebaliknya.
Bukan sahaja menghiburkan penonton, malah membina jalan cerita tersendiri yang menonjolkan pengalaman, emosi dan dinamika watak dewasa.
Menurut pengarahnya, Nizam Abdul Razak paparan visual juga memberi satu kelainan untuk memberikan satu pengalaman berbeza buat penonton.

Papa Zola The Movie bakal memulakan tayangan pada 11 Disember.
"Dari aspek teknikal, kami memperhalusi teknik animasi dengan memperkenalkan teknik crowd, hair, serta simulasi letupan dan simulasi air.
"Saya percaya penggunaan teknologi animasi ini dapat meningkatkan lagi pengalaman menonton Papa Zola The Movie di layar perak," katanya.
Diterbitlan oleh syarika produksi Monsta dengan kerjasama Asto Shaw filem ini juga memaparkan tema kekeluargaan dengan hubungan erat seorang bapa dan anak, serta pengorbanan ketua keluarga yang dekat dengan kehidupan seharian masyarakat.
Dialog penuh humor turut menambah elemen kelakar yang mampu membuat penonton ketawa dari awal hingga akhir.
ARTIKEL BERKAITAN: Roller coaster Boboiboy, teater Hantu Kak Limah tarikan baharu MAPS sempena cuti sekolah
ARTIKEL BERKAITAN:Roller coaster Boboiboy, teater Hantu Kak Limah tarikan baharu MAPS sempena cuti sekolah
Dari segi visual, filem ini jelas menunjukkan kepakaran Monsta dalam menghasilkan sinematik dan pertarungan aksi bertaraf Hollywood.
Audio filem ini pula berjaya membangkitkan nostalgia era permainan video 80-an dan 90-an, menambah pengalaman menonton lebih menyeronokkan.
Watak-watak baharu turut diperkenalkan bagi menambah warna kepada penceritaan, bukan sekadar sebagai pelengkap tetapi membantu menggerakkan plot dan mencipta dinamika baru bersama Papa Zola.
Malah, watak popular BoBoiBoy turut tampil, namun hanya sebagai cameo.

Antara sedutan filem dalam Papa Zola The Movie.
Sementara itu, Penerbit Eksekutif Papa Zola The Movie yang juga Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, menyatakan filem itu bukan sekadar naskhah animasi untuk segmen tertentu, tetapi mempunyai penceritaan dan kualiti produksi yang boleh dinikmati oleh semua peringkat umur.
"Bagi memastikan naskhah ini dapat menarik pelbagai khalayak, pelbagai usaha dan aktiviti dirangka antaranya penganjuran larian.
"Kami mahu ‘fenomena kebenaran’ dirasai oleh semua kerana setiap daripada kita mempunyai versi Papa Zola tersendiri. Kami berharap filem ini mampu mencipta satu lagi kejayaan baharu untuk filem tempatan tahun ini," ujarnya.
Papa Zola The Movie bakal memulakan tayangan pada 11 Disember.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


