SEBAGAI seorang yang dikenali, penyanyi Ziana Zain tidak terlepas daripada menjadi sasaran komen melampau netizen di media sosial.
Namun bagi Ziana atau Siti Roziana Zain, 57, dia lebih memilih untuk tidak terlalu ambil pusing akan kata-kata negatif yang menurut tidak mendatangkan sebarang manfaat.
“Ada juga yang komen melampau pada saya, tapi saya cuma anggap ‘suka hati kaulah’.

Ziana pilih tidak layan kecaman netizen.
“Saya malas dan tiada masa untuk layan benda macam itu, banyak lagi perkara baik saya boleh buat.
“Nanti esok-esok jumpalah saya nanti dan menjawab di sana (akhirat),” katanya kepada mStar.
Malah Ziana juga sentiasa bersikap terbuka memafkan mana-mana pihak yang secara terbuka melemparkan komen buruk terhadap dirinya.
Namun timbuk kerisauan apabila perbuatan sebegitu seakan sudah menjadi budaya dalam kalangan anak muda.
“Tapi siapa sahaja cakap buruk pada saya, saya maafkan.
ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sekadar ada suara, Ziana Zain pandang penampilan untuk layak jadi penyanyi
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tiga jam disoal siasat SPRM, Ziana Zain bukan suspek tapi hanya bantu siasatan
“Cuma saya takut perkara begini sudah jadi ikutan untuk anak-anak muda sekarang. Kita tak nak benda ini berlarutan sampai tahun-tahun akan datang. Itu tidak sihat, kena jaga adab,” ujarnya.
Mengulas mengenai era teknologi hari ini, Ziana berkata kemudahan media sosial membuatkan ramai merasakan mereka bebas bersuara tanpa batasan hingga lupa perbuatan tersebut boleh menyakiti orang lain.
Saya malas dan tiada masa untuk layan benda macam itu.
ZIANA ZAIN
PENYANYI
Malah bagi Ziana, individu yang gemar menyerang orang lain sebenarnya menyimpan rasa tidak puas hati dalam diri.
“Mungkin dulu tiada teknologi atau media sosial seperti sekarang yang suka hati nak meluahkan. Teknologi ini ada baik buruknya, tapi sekarang zaman freedom of speech… cuma kena tengok topik, janganlah gunakan untuk kutuk orang.
“Orang yang suka menyerang ini sebenarnya manusia yang tidak gembira dan hatinya rasa tak puas bila lihat orang lain bahagia. Mereka rasa sakit hati sebab mereka sendiri tak ada apa-apa.

Ziana (kiri) akan bergandingan dengan Awie dan Erra dalam konsert Sembilu The Reunion.
“Tapi kalau anda nak teruskan begitu, buatlah, ia sedikit pun tak sakiti saya sebab saya tak boleh layan perkara macam itu,” kongsinya.
Dalam perkembangan lain, Ziana bakal bergandingan dengan Datuk Awie dan Erra Fazira dalam Konsert Sembilu The Reunion yang dijadual berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 7 Februari tahun hadapan.
Tiket untuk konsert tersebut akan mula dijual bermula 8 Disember ini.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


